Pages

Nuff

Thursday 6 September 2012

Last Day..

Assalamualaikum...



Berbaur perasaan deknie kala ini..hari ni mungkin hari yang ditunggu-tunggu selama ini.. tapi, bila tibanya hari ni, terasa lain la pulak.. macam-macam dah rasa ni.. sebak... sedih... suka pon ada..ntah la... yang pasti, deknie akan merindui tempat ini.. opis ini.. jabatan ini.. syarikat ini...huhu...

Yer... hari ni deknie last day training kat syarikat ni.. maksudnya lepas ni, deknie dah tak keje kat sini lagi..semuanya akan jadi kenangan.. memang banyak kenangan deknie kat syarikat ni.. dengan pengalaman baru dari segi keje, projek yang deknie jalankan... staff-staff kat opis ni.. suasana nyaman dan sejuk kat IT Department ni.. surau yang sejuk sangat... Exec Dining (kafeteria)..toilet..(toilet pon kenangan gak).. mana taknya.. dah jadi kunjungan tetap deknie setiap hari bekerja.. deknie gelarkan ia MISS TAN..hehehe...

Lepas ni, aktiviti harian deknie akan berubah 180 darjah.. bangun pagi untuk solat subuh je.. tak perlu mandi dan bersiap bagai untuk ke tempat keje..hehhee... best2.. nak rehat kejap sebelum cari keje lain..bulan depan, kami serumah akan berpindah keluar dari rumah sewa kami..dah abis kontrak la katakan..huhu.. kene cari umah lain..mungkin deknie akan cari bilik kosong area kolumpor... nak cari keje pon kat sana gak..mintak-mintak ada la rezeki deknie dan kawan-kawan yang lain nanti..Insya Allah...

Deknie suka dengan satu kata-kata ni daripada seorang sahabat...


" IN THE MIDDLE OF DIFFICULTY, 
LIES OPPORTUNITY " 


Insya Allah.. kita teruskan usaha.. lebihkan berdoa dan berserahlah segala-galanya kepada DIA.. semoga ada yang terbaik untuk kita di kemudian hari.. Insya Allah...



p/s : Sesungguhnya ada hikmah disebalik setiap kejadian...



Pembunuh Anak Sendiri

Assalamualaikum....

Dibunuh sebaik dilahir
Sumber myMetro




KUANTAN: “Hampir menitis air mata saya melihat mayat bayi tidak berdosa itu terperosok dalam lubang tandas, tapi demi tanggungjawab, saya dan tujuh rakan yang lain kuatkan juga semangat untuk menjalankan tugas.”
Demikian, kata seorang daripada anggota bomba ditugaskan mengeluarkan mayat bayi baru lahir yang tersumbat dalam lubang tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini semalam.


Ya Allah... tergamam.. terkilan..sedih.. terharu.. marah.. geram... semua perasaan bercampur baur bila deknie baca berita ni kat myMetro pagi ni... tak tau la deknie nak cakap apa... ni bukan perbuatan manusia.. tapi perbuatan binatang bertuhankan syaitan.. Nauzubillah.... sedangkan binatang biasa pon sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang mempunyai akal fikiran... 

Si ibu yang sanggup membuang anaknya ke lubang tandas ni tak pikir ke dosa yang perlu ditanggung di sana nanti...Masya Allah... dosa membunuh merupakan salah satu daripada 7 dosa besar yang lain...






p/s : Sama-sama la kita doakan semoga ibu bayi tersebut mendapat hidayah daripada Allah dan akan bertaubat dengan apa yang telah dilakukannya... Amin...Insya Allah.. 





Meow yang Prihatin

Assalamualaikum...


Deknie suka gambar ni.. korang pon mesti suka gak kan.. sweet jeee...hehhehe..





 Biarlah gambar berbicara...(^_^)


p/s : Ada ke sesapa yang tak paham cite di atas??? sila angkat tangan...hehhee...
tak paham tu tandanya tak pandai baca jawi la tu... cepat mengaku...hehhehe.. bleh deknie translatekan untuk sesapa yang tak paham..





Petua Mengatasi dan Menghilangkan Kelemumur

Assalamualaikum....




Di sini saya senaraikan 4 petua untuk mengatasi dan menghilangkan kelemumur pula... Buat kawan2 atau pasangan yang mempunyai masalah kelemumur bolehlah cuba nanti ye. Terutama yang memakai tudung cam deknie ni.. yer la.. rambut belum kering lepas mandi, terus bungkus dalam tudung kan.. tu yang membuatkan kelemumur mudah menyerang kepala kita..


Cara-cara : 

Mula-mula ambil segenggam daun inai (sebaik-baiknya daun inai tua) dan satu sudu teh (yang telah direndam dengan air panas selama sepuluh minit), digiling halus dan lumat.  Lumurkan bahan tersebut di kulit kepala dan perap selama satu jam kemudian dibersihkan.  Amalkanlah petua ini tiga minggu sekali, insyaallah masalah kelemumur akan berkurangan sikit demi sedikit.

*****

Masalah kelemumur sering menjadi rungutan wanita. Untuk menghilangkan kelemumur, campur air perahan limau nipis dengan sedikit air sebelum digosok pada kulit kepala.


*****

Ambil kira-kira 10 helai daun pandan yang agak tua, kemudian ia ditumbuk sehingga halus dan dicampurkan dengan dua gelas air.

Tapis campuran itu dan sapukan dengan rata pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan selama setengah jam dan bilas rambut dengan air bersih. Ia bukan saja membantu mengurangkan kelemumur malah rambut berbau wangi.

*****

Amalan orang lama pula hanya menggunakan santan. Ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan selama sejam supaya patinya naik.

Kemudian, barulah ia disapu pada rambut. Balut rambut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam. Jika kerap diamalkan, ia membantu untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik.


Sumber sini



p/s : Deknie pon kene try gak la sbb kepala deknie pon ada gak kelemumur ni.. susah betul nk hilangkan.. kene cuba petua di atas la...kepada korang.. selamat mencuba yer...




Wednesday 5 September 2012

Petua Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Assalamualaikum....



Penyebabnya Lingkaran hitam bawah mata:

1. Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.
2. Anda ada alahan.
3. Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
4. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
5. Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.
6. Faktor genetik.
7. Pengaliran darah yang tidak stabil.
8. Anda menghadapi tekanan dan tidak dapat mengawalnya dengan baik.
9. Terdedah kepada cahaya matahari.
10. Penurunan berat badan yang agak mendadak.
11. Ada masalah pinggang dan juga perut.
12. Tisu lemak dan cecair.
13. Masalah sinus.
14. Anda memang ada masalah kesihatan.
15. Anda seorang perokok.


Cara Menghilangkannya:



Menggunakan Kentang: Kisar sebiji ubi kentang. Bahagikan kepada 2 bahagian dan balutkan dengan sehelai kain nipis. Baring dengan santai dan tekapkan balutan tadi pada kedua belah mata anda. Pastikan mata anda terpejam dan biarkan selama 15-20 minit.

Menggunakan Timun: Parut hujung timun (Bahagian kepala yang berwarna hijau pekat. Lebih elok lagi jika timun itu diletakkan di dalam peti sejuk terlebih dahulu). Ambil tisu muka berbentuk empat segi dan basahkan dengan air yang terhasil melalui parutan tersebut. Lekapkan di mata. Boleh juga jika anda ambil hampas parutan dan letak di atas tisu dan kepitkan dengan tisu yang lain. Kemudian, tekapkan ke kelopak mata yang tertutup selama beberapa minit. Amalkan selalu.

Menggunakan Uncang Teh : Sebelum digunakan, letakkan uncang teh yang telah digunakan di dalam peti sejuk semalaman. Baring dengan santai dan tekapkan balutan tadi pada kedua belah mata anda. Pastikan mata anda terpejam dan biarkan selama 15-20 minit.




Deknie copy dari sini



p/s : Cara tradisional ni lebih menjimatkan dan selamat daripada guna cara moden kan... nak guna timun cam gambar di atas pon boleh jugak...









8 cara menenangkan hati dalam masa 30 saat

Assalamualaikum...


cara untuk menenangkan hati


Setiap hari, pasti masing-masing akan melalui dugaan kehidupan yang tersendiri. Sehingga ada yang merasakan mereka tidak mempunyai masa untuk menenangkan hati atau perasaan mereka walaupun sekejap. Tetapi ia sebenarnya hanya boleh dilakukan dalam masa 30 saat. Antara cara yang anda boleh cuba adalah..
(1) Bernafas dalam-dalam-  70% sisa yang berada didalam tubuh berjaya dihapuskan apabila anda bernafas dalam-dalam. Anda boleh cuba melakukannya dengan meletakkan tangan pada bahagian perut, dan rasakan ia naik dan turun pada setiap kitaran nafas. Dalam masa 30 saat, ia dapat membantu untuk lebih menenangkan hati anda.
(2) Ikrar atau azam- Sekiranya anda sedang berada didalam dilema atau kerisauan mengenai sesuatu masalah, tanamkan azam yg mampu anda lakukan untuk berusaha mengatasi masalah tersebut. Cara ini bukan sahaja akan menenangkan hati anda, malah ia akan lebih memberi keyakinan untuk anda menempuhi masalah yang sedang dihadapi dengan kadar segera.
(3) Regangkan badan- Sekiranya anda sedang berada didalam tekanan, lakukan sedikit regangan untuk mengurangkannya.
(4) Senyuman- Hanya dengan senyuman, ia mampu membebaskan tekanan dan ketegangan otot pada wajah anda. Selain itu, ia bukan sahaja membantu untuk menenangkan hati anda sahaja, malah turut menenangkan orang lain apabila melihat anda.
(5) Minum air- Kandungan air didalam otak anda adalah kira-kira 75%, ia juga adalah tempat paling mudah untuk kekurangan air. Otak anda memerlukan air untuk berfikiran lebih jelas. Apabila anda berjaya untuk memikirkan sesuatu itu dengan jelas, secara tidak langsung ia akan membantu menenangkan hati anda.
(6) Pejam mata- Pejam mata sebentar dan cuba bayangkan perkara yang boleh menenangkan hati anda. Sebagai contoh, bayangkan mengenai percutian yang pernah anda lalui, kenangan bersama ahli keluarga atau sebagainya.
(7) Dengar lagu- Memang tidak dapat dinafikan, lagu amat memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi emosi seseorang. Sekiranya anda mendengarkan lagu yang berbentuk sentimental atau perlahan, ia secara tidak langsung akan turut menenangkan hati dan perasaan anda.
(8) Termenung sebentar- Mungkin ramai yang menyatakan bahawa termenung tidak memberikan apa-apa manfaat didalam kehidupan. Tetapi, ia sebenarnya dapat membantu menenangkan hati seseorang. Sekiranya anda sedang berada didalam kerungsingan, tiada masalah untuk termenung sebentar tetapi jangan terlalu mengikut perasaan.

Tuesday 4 September 2012

Gagau Ikan di bendang padi



Assalamualaikum....



iBH62b



Bila tengok gambar kat atas ni kan... deknie teringatlah masa kecik-kecik dulu kat kampung... berkubang dalam sawah semata-mata nak tangkap ikan.. masa tu musim orang menuai padi, so.. banyak la ikan-ikan darat yang timbul kan.. masa ni memang meriah la.. pakcik makcik... adik kakak... kecik besar... semua ada...tak kira apa dah.. malu ke, lintah ke, comot ke hapa ke... yang penting dapat tangkap ikan sebanyak mungkin..pastu duk bandingkan jumlah ikan yang kita dapat dengan kawan-kawan...hehehe... seronok... meriah... memang nostalgia betul...

Sekarang ni pon masih ada lagi, cuma tak ramai budak2 kampung yang sanggup turun ke bendang untuk tangkap ikan musim menuai padi... masing-masing lebih suka duk depan tv or komputer untuk main game yang hentah hapa2 ntah... masing-masing buat hal masing-masing... kau kau... aku aku....dah kurang semangat kekitaan dah...bagi mereka, main game lebih seronok berbanding mencomotkan diri dengan lumpur di sawah bendang...hurmmm... ntah la..



Makin ramai yang tak kenal ikan puyu, ikan haruan dan ikan keli...



p/s : Rindu zaman budak-budak hingusan dulu kala...



Monday 3 September 2012

Doa memudahkan urusan seharian

Assalamualaikum....


Salam sejahtera salam perpaduan semua....


Lamanya deknie cuti dari berblog kan... ada yang rindu ke?? hehehe... *sambil kenyit2 mata, senyum simpul dan tundukkan sikit kepala...hehhee...yerrr??? rindu ke?? deknie pon rindu sangat kat korang tau...  peluk ketat2... oppss... yang pompuan je bleh peluk... kalo lelaki... no no nooooo..... (^_^)

Selama 4 hari deknie bermalas-malasan je kat umah..habiskan masa ngan layan movie kat laptop... macam-macam cerita tengok..omputih ada.. korea ada... jepun pon ada..abang deknie ajak g umah dia kat KL, tapi deknie tolak... terasa malas plak nak bergerak... nk rehat dan malas2 je kat umah...hehehe... kemas umah pon sikit2 je... basuh baju pon 1 baldi je...hehhe... otak deknie tengah serabut ni... macam-macam benda nak kene pikir... lebih2 lagi pasal keje la... training kat opis deknie ni, last minggu ni dah.. minggu depan, alamatnya...huh... duk umah je la... bosan... boring...nak kene cari keje gak ni walau camne pon... nak balik kampung plak, cam malas... kompem takkan dapat keje punya... baik duk sini je... kan..



DOA + USAHA + IKHTIAR + TAWAKKAL = DUIT


So, jom sama2 kita berdoa semoga dimudahkan segala urusan kita sehari-hari...


Maksudnya:


Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.



Aminnn....



p/s : Sesungguhnya doa merupakan senjata orang mukmin....























Thursday 30 August 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE 55

Assalamualaikum...


Esok dah 31 Ogos 2012...sekali lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan negara kita yang ke 55..
setelah 55 tahun berlalu, terlalu banyak pengorbanan, pembangunan, pembaikian, pemulihan dan segala "pe" lagi la berlaku ke atas negara kita yang tercinta ni kan...

Alhamdulillah... negara kita masih selamat dan tenteram walaupun banyak kita dengar perkara yang tidak sedap didengar berlaku, tapi... kita masih bebas bergerak, shopping, makan angin, melancong di dalam negara kita ni kan... Alhamdulillah... bersyukurlah kita dengan apa yang ada di negara kita ni...

Semoga negara kita terus aman dan selamat untuk tahun-tahun selepas ini... Insya Allah...



Sape pegi sambutan hari kemerdekaan esok di bukit jalil, sila angkat tangan....



p/s : Deknie sambut merdeka esok kat umah je...hehehe...


Wednesday 29 August 2012

HAPPY BIRTHDAY BUAT ABANGKU TERSAYANG!!!!!

Assalamualaikum....





Deknie mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN yang ke tuuuutttttt...hehhehe... kepada abang deknie, Arif yang berada di Selayang skang ni.. sorry tak dapat sambut ngan abe..hehe... deknie kirim kek secara online je la...kihkihkih... kedekut punya adik kan...huhu... sorry... ujung bulan ni.. paham2 je la.. gaji belum masuk maaa....huhu...

Bulan Ogos ni ramai btol ahli keluarga deknie ynag menyambut ulangtahun kelahiran... deknie.. akak... abang... 2 orang anak sedara....hurmmm... kalo sambut sekali je, leh jimat ni...hehehhe.... 




p/s : Dah tua pon boleh sambut birthday lagi ke??hehehehe... tua umur je... jiwa masih muda maaa.... (^_^)











Tuesday 28 August 2012

SURPRISEEEE!!!!!!!


Kisah Semalam.....


Tarikh : 28 Ogos 2012
Masa : Lebih kurang 9.30 malam
Pelakon : Gegirls Tingkat 5, Sri Ixora


Tengah sesedap je aku tengah baring sambil melayan drama korea kat laptop, tetiba datang Kinah sambil baring sama kat tilam toto dalma bilik aku..

Kinah : Deknie, tengok cite apa?
Deknie : Korea..Mary me Mary...ala.. aku amik dalam external harddisk ko ari tu...
Kinah : Ala.. cite ni tak best la.. lembab...
Deknie : Best la.. sweeeettt je diorang ni..hahhaa

Suasana kat luar bilik, yakni di ruang tamu kedengaran geger (bising) semacam je... apa la yang bebudak ni duk bising2 tu... ada yang cakap nak berak la...(tak senonoh btol..nak masuk toilet pon nk buat announcement ke... masuk je la...huhu)

Tetiba......



Suasana senyap sunyi...

Deknie : Aik???? apsal gelap...
Kinah : Blackout plak dah...
Deknie : Ala.. ari tu dah blackout... mlm ni blackout lagi... apa la diorang ni... jangan la lama blackout ni... mesti panas ni...huhu...

Bebudak kat luar semua dah bising2... ada cakap camne nk berak kalo dah blackout la... mana letak tochlight la...apa la.. bising sangat.. pastu kinah keluar dari bilik aku.. aku yang baru nak menjoinkan diri dalam kebisingan mereka, tetiba terpempan.......


HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!!
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!!
HAPPY BIRTHDAY TO DEKNIE!!!!
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!!

Aku tengok Alynn yang membawa kek bersama lilin ke arah bilik aku dan semua yang lain duk sorak2 dan gelak2 kat belakang dia....

Aku plak... terpana... terpempan... tak terkata... terkejut pon ada... yer la... besday aku pon dah lama lepas... 18 Ogos ari tu lagi... masa tu aku dah selamat kat kampung dah pon... ingatkan depa semua ni tak de la nak wat surprise camni kan... huhuhu....

Aku memang terharu la ngan korang semua.... You're soooooo sweeeetttt... thanks yer korang kerana buat surprise ni dan sambut besday deknie.... hehehhe...


Korang nak tengok kek yang diorang belikan utk deknie??? hehhehe

ni dia.....




Ucapan : HAPPY BIRTHDAY MAMA AINI.. WE LOVE YOU.....


huhuhu... korang ni kan... I LOve U All gak tau... caaayang korang ketat-ketat tau....





p/s : Jangan tanya nape diorang panggil aku MAMA AINI....hehhehe....



Penggali Kubur Mati Tertimbus Dalam Liang Lahad

Assalamualaikum....

Sumber - kosmo


TEMERLOH - Seorang penggali kubur menemui ajalnya selepas tertimbus selama kira-kira lima minit di dalam liang lahad yang digalinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Penak dekat Mentakab di sini semalam.


Rakan sekampung mangsa, Nizri Bakar, 57, berkata, sebelum kejadian, Zailan yang sudah 10 tahun berpengalaman menggali kubur bersama seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Nasir Musa, 44, berada di dalam kubur tersebut bagi menyudahkan liang lahad yang akan menempatkan jenazah Minah.
"Dalam keadaan berdiri, Zailan dan Nasir melakukan kerja-kerja terakhir membaiki liang lahad namun tanpa diketahui puncanya kubur tersebut tiba-tiba tertimbus dengan tanah yang berada di tebing kubur hingga menutupi badan Zailan," kata pemuda itu.

Innalillahi Wainnai Laihiraajiuun.....Al- Fatihah kepada mangsa dan takziah kepada keluarga mangsa...

Tu la kan...Rezeki, jodoh, ajal, maut semua ketentuan Allah SWT sejak azali lagi... walaupun kita dah mahir dengan kerja kita, tapi kalo dah ditentukan kita akan maut semasa menjalankan tugas, tetap pergi jua... takde sape pon boleh mengubahnya...

Jadi, niatlah untuk kebaikan  dan jujurlah semasa menjalankan tugas kita...semoga kita beroleh keberkatan di dalam menjalankan tugas kita...


P/S : Sesungguhnya " BEKERJA ITU SUATU IBADAH " 



Monday 27 August 2012

Helpppppp!!!!!!!

Assalamualaikum...




Deknie ni sangat-sangat nak mintak tolong kat korang semua..deknie tgh cari kerja sekarang ni... kepada mana-mana boss yang sudi amik deknie keje, bleh la panggil deknie...hehehe...pada yang tau.. deknie sekarang ni tengah training kat company ni... minggu depan, abis la training ni... memandangkan terdapat masalah dalaman, company deknie tak dapat nak serap deknie masuk keje kat company kesayangan diorang ni....

so, deknie terpaksa la berhempas pulas mencari keje lain... pada sapa-sapa yang terdengar, terlihat kat mana-mana ada keje kosong, silalah roger deknie yer...


thanks... saaaayaaaang korang semua ketat.... hehhehe



p/s : prefer keje area Selangor or Kuala Lumpur...dalam bidang IT...







Pagi yang hening

Assalamualaikum....

Pic ehsan pakcik gugle


Lagi sekali bumi Shah Alam dihujani dengan hujan rahmat...pagi-pagi lagi dah turun hujan lebat... sampai lenjun... lencun... kuyup... kayap deknie... eh... kayap tu salah la plak..hehehe... kalo kayap selepas raya tu btol... bukan penyakit kayap k..hehhehe... suasana kat opis ni nyaman dan sejuk je... dan membuatkan mata ni mula la nak pejam kan...huhu.. tahan deknie... tahan...pagi lagi ni... jangan nak ngengada tido kat opis plak...

Tapi... syukur alhamdulillah... bumi Malaysia ni masih aman lagi kan.. takde la macam sesetengah tempat tu yang mengalami kemarau berpanjangan, ribut taufan... banjir besar... tsunami... gempa bumi... gunung berapi.. tu yang bencana alam... yang bencana punca manusia pon banyak gak... bom nuklear la... kebakaran terbuka punca jerebu la... gondol bukit bukau sehingga tanah runtuh la.. sampah-sarap punca sungai tercemar dan longkang tersumbat la... asap kereta... asap kilang... asap rokok yang menyebabkan lapisan ozon kita makin menipis la.... semua tu punca sape kawan-kawan??? yer... punca kita semua yang bergelar manusia ni... tapi masih ada lagi yang tak sedar dan pura-pura tak sedar pon ramai gak... buat sesuka hati je tanpa memikirkan kesan kepada bumi dan generasi akan datang... kesian anak2 kita lepas ni kan... kita yang sekarang hidup di bumi ni pon kesian gak... macam-macam penyakit dah menimpa kita semua... tu pon masih ada yang tak sedar lagi....



p/s : Sampai bila semua ni akan berlaku???





Khabar selepas Raya

Assalamualaikum...



Wahhh... korang... sakan beraya nampaknya...ada yang sampai terlupa nak keje ari ni ke?? waduh... waduh....kemain yer... Deknie sampai Shah Alam ni sejak Jumaat lepas... ramai yg tanya kenapa datang awal?? hurrmm... apa nk buat... Jumaat je tiket raya yang paling lambat ada lepas raya... sabtu, ahad..s emua dah sold out... ramai benar perantau yang balik kampung kan...termasuklah aku..hehhe...

Mood ari ni sangat la merudum... tgh malam semalam, letrik kat umah aku blackout sekejap.. ada la dalam setengah jam...berkipas la gak ngan kertas...huhu... nasib baik kejap je... awal pagi plak hujan rahmat turun membasahi bumi shah alam ni... membawa laaa hingga lepas subuh... masih turun renyai2... kat tempat lain ujan gak ke pagi ni ek??sejuk je kan rasanya... sampai ke petang ni masih sejuk rasanya... amboi... mentang2 keje dalam ekon kan.. mesti la sejuk... cerr ko keje kat tengah2 site... ada ke sejuknya deknie oooii... hehhehe... bukan apa... deknie bersyukur sebab tak perlu kerja berpanas berhujan kan.. sedap2 je duk dalam ekon ni... alhamdulillah...hehhee... kepada abang2 kakak2 yang perlu berhujan berpanas semata-mata mencari rezeki yang halal, tahniah deknie ucapkan kerana sanggup mencari rezeki yang halal untuk santapan anak2 kat umah...

Keadaan kat tempat keje deknie ni masih suram dan sunyi... walaupun dah ramai yang masuk keje, tapi masih ada lagi yang menyambung cuti... sakan kau cuti yer... jelesss... deknie ni pon dah terasa homesick dah...hehhee... baru berapa ari je mai sini, dah terasa cam sebulan...hahahha.. ni gara-gara lepak semata-mata kat umah la sabtu ahad kemarin... deknie habiskan masa dengan mentelaah novel yang ada kat umah deknie tu... abis gak la 2 buah novel deknie khatam.. masuk novel yang ke-3..hehhe.. tu pon dah tinggal separuh.. amik kau... ni semua gara-gara laptop yang company bagi deknie tinggal kat opis la ni... tak tau nak buat apa kat umah kan, so... baca novel la jawabnya... sampaikan kawan serumah deknie cakap lebih daripada study untuk amik exam macam kat uni dulu...hehhee

ok la... lain kali sambung lagi... sorry korang sebab lama tak update blog deknie ni... balik kampung kan... sooo, blog pon bercuti gak...hehhee....

p/s :  sawang labah2 dah deknie clear dah... semua dah cuci... datang la ramai2 ke blog deknie ni... deknie buat open house blog ni..hehehhee


Tuesday 14 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum...





Di kesempatan ni, deknie nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada pembaca blog picisan deknie ni... ada ke yang datang baca??hehhe... terima kasih yang sudi singgah sahur sini... kehadiran korang amat-amat deknie alukan dan sanjungi..

Entry ni mungkin yang terakhir sebelum kita menyambut raya nanti... bukan deknie tak sudi dah nk berblog... tapi kat kg deknie tu takde internet...huhuhu... so... tak dapatlah nk ber'update semua ni kan...

Petang ni Insya Allah deknie akan bertolak balik kampung...naik keretapi...best2...hehhee... insya Allah, pagi esok, deknie dah ada kat kampung tercinta dan berjumpa dengan keluarga tercinta jugak,...hehhee...

Raya ni deknie raya ala kadar je kot... macam raya2 tahun lepas gak.. baju raya pon sepasang je yang baru... baju raya tahun lepas pon masih baru lagi... berapa kali je pon pakai... so, boleh rotate pakai yang tu la..hehe... berjimat cermat ni kan amalan mulia...



Masa makan kuih raya tu, jangan la lupa pulak deknie yer...



p/s : Masih mengharapkan ada yang sudi bagi duit raya tahun ni...hehhehe




Komik - Puasa yang boleh dihayati...

Assalamualaikum...







P/s : Selamat menghayati Ramadhan yang kian meninggalkan kita...





Tahniah Irma Hasmi dan Suami

Assalamualaikum...

Salam 26 Ramadhan....

Irma dan Redza selamat diijabkabulkan pada 29 Jun lalu. Sumber mstar



Tahniah deknie nak ucapkan kepada pasangan bahagia, pelakon dan pengacara Irma Hasmi dan suami, Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang bakal menimang cahayamata tidak lama lagi... aku suka sangat ngan pasangan ni.. sangat cute, comel dan sepadan... bagai pinang di belah 2... anak diorang nanti pasti super duper comelllllll kan kan kan....hehhee....

Satu yang aku tertarik dengan pasangan ni disebabkan tabiat mengidam macam-macam jenis makanan, bukan oleh si isteri yang mengandung, tapi oleh si suami... sangat cute... kiranya, saling berkongsi rasa la kan... 

Ada gak cerita yang aku dengar, kalo isteri mengandung, suami yang mengidam nak makan macam-macam dan siap ada yang mabuk, muntah-muntah dan pening-pening kepala sehinggakan menjejaskan prestasi kerja... aku suka macam tu.. hehehe... yer la.. bukan apa kan... biar suami kita rasa sikit apa yang perempuan rasa semasa mengandung... bukan si suami tu yang mengandung... adehhhh... korang ni pikir yang bukan-bukan plak... huhu... maksud aku alahan semasa perempuan mengandung la... baru la orang kata sehati dan sejiwa... bagi aku, suami akan lebih appreciate isteri mereka apabila turut merasa kesakitan yang perempuan rasa kan... haaaa.... baru lah rasa bukan senang nak mengandung dan beranakkan zuriat mereka ni...nanti, takde la diorang sampai hati nak menduakan isteri dan menyakitkan hati isteri kan...





p/s : Tahniah sekali lagi kepada pasangan Irma dan Redza... semoga semuanya akan selamat dan memperolehi anak yang sihat dan soleh/solehah... Amin...














Sunday 12 August 2012

Puasa Nafsu..

Assalamualaikum....

Salam 24 Ramadhan....



Alamak...lagi 5 hari ke kita puasa?? cepatnya masa berlalu kan.. pejam celik pejam celik pejam celik... dah nak raya dah... camne persiapan raya korang semua?? dah beres semua ke ada yang tak habis lagi shopping barang raya??

Semalam deknie dan kawan-kawan poli deknie telah meramaikan dan memeriahkan suasana di Jalan TAR dan Majid Jamek, Kuala Lumpur... nak gi sana bukan nak beli apa pon.. nak beli tudung je..hehehe... baju raya dah beli dah, so, alhamdulillah.. nasib baik tak terpedaya dengan baju raya yang sangat cantik dan ohsem semuanya... sabar deknie... sabar... baju raya dah ada kan.. so... jgn nk ngengada nak beli yang lain...hehehe...nasib baik dengar cakap..hehehhe....

Orang??? jangan cakap la.. kalo nak kita jumlah barangan yang dijual kat sana dengan jumlah orang + pembeli + pelancong + pencuci mata + makhluk asing..oppsss.. means rakyat asing... memang orang yang datang sana lagi ramai dari barangan yang dijual... nak menyelit pon tak boleh... saaaaangat ramai Masya Allah... pelbagai ragam.. pelbagai gaya.. pelbagai perangai... pelbagai spesis... pelbagai etnik..huh... penat nak tulis satu-satu....

aduiii... apa kaitan entry ni ngan tajuk eh... hehehhe... bukan apa... kalo boleh, nak buat persiapan raya tu, jangan la terlalu mengikut kata napsu tu... ikut kemampuan dan keperluan la... kalo dah tak berapa nak mampu tu, tak payah la belanja over bajet plak kan... nanti tak pasal2 lepas raya ni menanggung hutang... kan dah tak pasal2 kang ikat perut plak lepas raya ni..pada yang memang mampu plak tu, ingat la orang yang di dalam kekurangan...


p/s : kalo dah tak tau nak buat apa ngan duit yang berlebih2 tu kan, hehehe... bak sini sikit... sebagai duit raya atau sumbangan ikhlas...hehehe... deknie terima dengan tangan terbuka luas... bak kata orang, kecik tapak tangan, padang bola deknie tadahkan...hahaha....




Kaji kemiskinan rakyat Kelantan

Assalamualaikum...

Salam 24 Ramadhan...

ni ada berita sikit tentang kampung aku...huhu...




TUMPAT – Penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) akan mengkaji tahap kemiskinan rakyat di negeri ini bagi menentukan punca dan cara penyelesaiannya.
Satu kajian awal mendapati, daerah Tumpat merupakan antara daerah yang paling kritikal berhadapan dengan masalah kemiskinan tegar, oleh itu sebanyak 100 keluarga di sekitar daerah itu telah dikenal pasti untuk menjadi kumpulan pertama dalam projek pembasmian kemiskinan tegar.
Menurut Penasihat Khas kepada Yang Pertua MAIK, Datuk Nik Kamaruddin Ismail, kajian itu bertujuan mengenali punca sebenar kemiskinan dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyalurkan bantuan.
“Kita perlu tahu masih lagi wujud masyarakat miskin tegar di negeri kita dan ada antara mereka menjalani kehidupan yang terlalu daif dan menyedihkan.
“MAIK mahu kemiskinan di negeri ini dibasmi dan dengan itu, kami turun padang untuk melihat sendiri keperluan golongan ini bagi membolehkan mereka membantu meningkatkan taraf hidup masing-masing,” katanya ketika melawat beberapa buah keluarga di sekitar Tumpat semalam.


p/s : Bagusla kalo ada inisiatif untuk membasmi kemiskinan kat Kelantan ni... sekurang-kurangnya, merasa la orang kampung aku hidup senang sikit kan walaupun tak mewah... tapi, walaupun tak kaya, orang-orang kampung aku tetap hidup bahagia... 

nape aku cakap camtu?? korang bleh tanya orang kampung aku, dalam satu family, berapa anak yang mereka ada... hehehe... kaya dengan zuriat...Alhamdulillah...






Friday 10 August 2012

Trick Ponteng Puasa

Assalamualaikum....




p/s :  Korang tolong la jangan buat perangai camni haaaa.... dah sama perangai ngan sy*it*n dah ghopanya.....




Wednesday 8 August 2012

Mencari Positif bagi yang Negatif

Assalamualaikum....

Salam 20 Ramadhan...



Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...                                      
                                                                         
1.. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam,  beliau tidur    
disisi kita bukan dengan orang lain.                                      
                                                                         
2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan,   itu
bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.              
                                                                         
3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar,  itu bermakna kita masih      
mempunyai pekerjaan.                                                      
                                                                         
4. utk pakaian kita yang dah tak muat,  itu bermakna kita cukup makan.    
                                                                         
5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu  
dikemas ,  itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.                    
                                                                         
6. utk bunyi bising jiran²,  itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
                                                                         
7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok  itu bermakna kita ada    
pakaian untuk dipakai.                                                    
                                                                         
8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja,  itu bermakna  
kita masih berupaya utk kerja kuat.                                      
                                                                         
9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif,  itu bermakna kita masih    
berupaya utk berjalan.                                                    
                                                                         
10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi,  itu bermakna kita masih    
hidup untuk meneruskan hari tersebut...                                  
                                                                         
AND FINALLY ........ for received this personal and meaningful sharing this because it means you have friends who are thinking of you.                  
 


                                                                        
     "Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang    
kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"





p/s :  Maka bersyukurlah dengan apa yang anda ada....









Tuesday 7 August 2012

Malaysia Top 10 World's Laziest Country???

Assalamualaikum..



Pagi-pagi lagi deknie dah dengar berita yang mengejutkan.. betul ke Malaysia menduduki takhta ke 10 negara yang paling MALAS di dunia??? di dunia???? di duniaaaaa???? bukan di Asia ke, di Malaysia ke kan... di dunia tuuuu.... berapa kali nak ulang daaaa....

Malas sangat ke rakyat Malaysiaku tercinta ni ek?? sehingga boleh dapat tenmpat ke 10... huhuhu...tak tau la depa ni describe kemalasan tu dari segi apa kan... mungkin bnayak segi la.. malas keje.. malas bersenam... malas belajar... malas makan.. tido pon malas... huhuhu...padan la dapat no 10 kan..huhu...

OK... takmo cakap banyak... deknie senaraikan top 20 negara yang paling malas di dunia... termasuklah negara tercinta kita ni kan...


20- Bhutan: 52.3% inactive



19 – South Africa: 52.4% inactive
18 – Ireland: 53.2% inactive
17 – Italy: 54.7% inactive
16 – Cyprus: 55.4% inactive
15- Turkey: 56.0% inactive
14 – Iraq: 58.4% inactive
13 – Namibia: 58.5% inactive
12 – Dominican Republic: 60.0% inactive
11 – Japan: 60.2% inactive
10 – Malaysia: 61.4% inactive
9 – United Arab Emirates: 62.5% inactive
8 – Britain: 63.3% inactive
7 – Kuwait: 64.5% inactive
6 – Micronesia: 66.3% inactive
5 – Argentina: 68.3% inactive
4 – Serbia: 68.3% inactive
3 – Saudi Arabia: 68.8% inactive
2 – Swaziland: 69.0% inactive

Dan juara negara paling malas jatuh kepada........


1 – Malta: 71.9% inactive



Amerika Syarikat mendapat tempat ke-46 dengan hanya lebih 40 peratus daripada penduduk dilabel tidak aktif. Greece merupakan yang paling aktif dengan hanya kira-kira 15% daripada penduduk mereka yang tidak memenuhi standard atau tidak aktif....





p/s : Korang hari ni rajin tak??? soo... jgn malas2 dah...tamo tamo Malaysia jadi top 10 negara paling malas dah next year....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...