Pages

Nuff

Wednesday, 16 May 2012

Hanya Mampu Geleng Kepala

Assalamualaikum.... Salam Khamis...

Deknie hanya mampu geleng kepala bila baca berita mengenai artis di Malaysia ni.. bukan apa... sana sini kita boleh dengar banyak artis yang kawin-cerai kawin-cerai ni... setiap tahun macam tu... kawin dua tiga tahun, dapat anak sorg dua, alih-alih dah cerai... Masya Allah.. senang-senang je kan.. memang la cerai tu perkara yang di bolehkan dalam Islam.. tapi ia merupakan perbuatan yang paling dibenci oleh Allah.. kesian kat anak2 depa tu kan...

Ikuti kisah Adi Putra dan Rita Rudaini....


Adi Putra mengesahkan telah menfailkan penceraian terhadap isterinya pada 11 Mei lalu.


PETALING JAYA: Pelakon kacak, Adi Putra mengesahkan telah menfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya, Aida Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei.
Akhbar Harian Metro pada Khamis melaporkan, Adi, 31, berkata, dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dan tindakan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
"Ketika saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, saya mohon segala yang baik daripada Allah terutama kebahagian dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami," katanya.
Dalam pada itu, Adi turut menafikan penceraian itu disebabkan oleh isu anak atau pihak ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk diceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain.
"Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.
"Tiada sefahaman itu pasti dan selebihnya saya tidak mahu bercerita panjang," ujarnya. (mStar)





‘Saya nak Rita’
Aidil batal hasrat cerai


PETALING JAYA: “Saya masih sayangkannya. Kalau boleh saya nak kembali bersama Rita dan anak-anak,” kata pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Dia yang mesra dengan panggilan Aidil ditemui selepas menarik balik permohonan bercerai dengan isterinya, aktres popular, Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar. 
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membenarkan permohonan Aidil, 25, namun memerintahkannya selaku plaintif membayar kos kerugian RM250 kepada Rita, 36, kerana menarik balik kes itu di saat akhir iaitu kelmarin, sehari sebelum sebutan kes.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Aidil berkata, dia berharap dengan penarikan balik permohonan cerai itu, hubungan dia dan Rita pulih.

“Kalau Rita setuju dengan permohonan kembali taat (yang difailkannya semalam), perkara ini selesai. Saya nak dia dan anak-anak balik ke rumah saya di USJ1 (Subang). Sekarang dia menetap di rumah sewa di Damansara,” katanya yang hadir di mahkamah memakai kemeja dan seluar hitam.


p/s: Macam-macam ada......

Mei - Bulan kegembiraan & kesedihan


Assalamualaikum....



Selamat Bulan Mei pada semua !!!
Dan dalam bulan ini Malaysia menyambut pelbagai hari perayaan :



  • 1 May-   Hari Pekerja
  • 5 May -  Hari Wesak
  • 11 May- Hari UMNO 66 Tahun 
  • 12 May- Hari Jururawat
  • 13 May - Hari Ibu
  • 16 May - Hari Guru
  • 23 May - Hari Belia
Manakala di Melaka lak pada 12 May kita sambut Hari Falak / Hari Astronomi...

Dan apabila kita bergembira menyambut hari-hari ini dengan gembira pada masa yang sama dalam bulan ini juga adalah bulan kecelakaan untuk umat islam.
Iaitu pada setiap 15 May- rakyat Palestin memyambut Hari Nakba
Iaitu sehari selepas pengiktirafan Israel pada 14 May.

Hari Nakba adalah hari dimana Israel menjarah 500 kampung dan bandar Palestine hingga menyebabkan 700,000 rakyat Palestine kehilangan tempat tinggal dan menjadi pelarian.
Dimana bulan May adalah bulan kewujudan bumi Israel yang menjadi duri dalam daging kepada umat islam seluruhnya pada tahun 1948..
Tak perlu aku buat entri ini kerana ramai yang dah buat entri ini --search Hari Nakba

Sedihkan dimana Malaysia sibuk menyambut macam-macam sambutan di bulan May ini tapi pada masa yang sama kita terlupa akan kesedihan mutlak yang berlaku pada bulan May ini. sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...