Pages

Nuff

Tuesday 29 May 2012

Peringatan untuk Para-Para Sakura (Lelaki)

Assalamualaikum...


Peringatan ni aku tujukan ikhlas dan khas untuk para lelaki di luar sana yang betul-betul lelaki la kan... hehe...






Credit to sini




Semoga semua lelaki di luar sana akan menjadi sebaik-baik pemimpin dan khalifah kepada rakyat dan keluarga masing2....Amin...


Semoga aku akan mendapat seorang lelaki yang beriman kepada Allah & Rasul serta mempu membimbingku ke jalan yang diredhai Allah...Amin..


Ya Allah, kurniakanlah aku seorang lelaki yang menyayangiMu, RasulMu, keluarganya, keluargaku, daku dan anak-anak kami...Amin.....






Insya Allah... Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya....






Sekian, wassalam.....

Syed Zainal Abidin letak jawatan dalam PROTON

Pengarah Urusan PROTON




DATUK Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir akan meletak jawatan selaku Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Bhd, berkuat kuasa 4 Julai depan, selepas menerajui syarikat kereta nasional itu lebih enam tahun. 

PROTON Holdings, dalam satu kenyataannya berkata, susulan itu Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan mengambil alih peranan kepimpinan Syed Zainal dalam menerajui syarikat menuju ke hadapan.

“Kami juga ingin mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan PROTON Holdings, Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai,” tambah syarikat itu.
Pengeluar kereta nasional itu berkata, peletakan jawatan Syed Zainal dibuat atas kemahuannya sendiri. 

“PROTON Holdings ingin mengesahkan peletakan jawatan Syed Zainal sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan kami amat berterima kasih atas sumbangan beliau kepada syarikat. 

“Beliau sudah membuat keputusan untuk meninggalkan PROTON Holdings atas kemahuan sendiri bagi mengejar cita-citanya dan kami menghormati keputusan beliau,” jelas syarikat itu semalam. sumber BHarian




Sedih bila dengar khabar berita ni... baru pagi tadi aku bersarapan dengan beliau... bukan sarapan satu meja, tapi satu kafeteria la..hehe... Pada aku, belia seorang yang sangat sempoi dan simple... makan kat Exec Dining bersama-sama staf yang lain.. sangat down to earth.. dah beberapa kali dah aku terserempak dengan dia sarapan kat Exec Dining.. main office dia kat COE yang mana menempatkan semua BOSSES yang BESAR-BESAR punya.... tapi dia melawat jugak PONSB kat sini... suka aku dengan sikap dan sifat dia.. I salute U la boss...

Moga boss yang akan menggantikan dia nanti, boleh bersikap seperti beliau jugak... boleh bersama-sama dengan orang-orang bawahan.. bukan dengan orang-orang atasan sahaja semata-mata menjaga imej BOSS.. hurmm...


Sekian berita (^_^)



Monday 28 May 2012

WWW 1 Milik Sultan Johor




Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar



KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sah menjadi pemilik bagi nombor pendaftaran baharu kenderaan WWW 1 yang berjaya dibida pada harga RM520,000.
Keputusan itu diketahui melalui pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam dan boleh dilayari di laman portal agensi tersebut.
Keputusan tersebut turut dipamerkan di tiga buah pejabat cawangan JPJ Wilayah Persekutuan-Kuala Lumpur masing-masing di Wangsa Maju, Maju Junction dan Bandar Sri Permaisuri.
Bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Ibrahim itu mengatasi nombor pendaftaran termahal yang dicatatkan sebelum ini iaitu MCA 1 dengan harga RM300,100 diikuti TAY 1 (RM220,000) dan WVW 1 (RM202,000).
Selain WWW 1, turut mencatat rekod menerima bidaan tertinggi ialah WWW 3.
Nombor tersebut dibida pada harga RM360,000 oleh syarikat One Power International Sdn. Bhd.
Nombor pendaftaran siri WWW lain yang mencatat nilai bidaan ketiga tertinggi ialah WWW 9 yang dimiliki oleh Aspen Sunrise Sdn. Bhd..
Harga WWW 9 ialah RM350,000. - Kosmo

p/s: Orang berduit la katakan... semua mampu buat dan beli untuk kepuasan hati masing-masing. Ni aku sertakan senarai yang berjaya dalam tender untuk nombor WWW.

Klik untuk tumbesaran

Sekian (^_^)



Wednesday 23 May 2012

Hukum perempuan Islam mewarna rambut

Gambar sekadar perhiasan




Assalamualaikum.....

Minggu lepas, aku download video Ustaz Don di Youtube... yang 30 Minit Bersama Ustaz Don...
I'm interesting with one honest question from a caller from Sabah.. kalo aku tak silap la...

Dia ada bertanyakan kemusykilan mengenai hukum mewarnakan rambut...interesting... aku ada jugak mendengar masalah ni sejak dari dulu lagi... dan memang agak teruja untuk mendengar jawapan daripada Ustaz Don tu... 

Ustaz Don berterima kasih kepada pemanggil tersebut kerana menanyakan persoalan yang cukup besar..
Jawapan Ustaz Don ni macam ni...

Disini ada dua permasalahan yang orang konfius berkaitan dengan pewarna rambut. Satu berkaitan dengan halal, satu lagi berkaitan dengan boleh tak boleh.. Saya sebut, HALAL belum tentu lagi menyebabkan kita boleh pakai.. saya ulang balik.. kalau pewarna itu ditulis cop HALAL, belum bermakna kata kita boleh pakai... kenapa??? contoh..cuka.. HALAL ke HARAM??? HALAL kan... tapi boleh ke "mana cuka?? aku nak togok... glup glup glup"... Hang gila ka nak buat lagu tu... (hehe.. part ni kelakar).. tak boleh... benda yang halal, bukan bermakna kita boleh memakainya.. boleh... halal dari segi ingredient... baik...yang tu selesai...

Yang kedua, berkaitan dengan boleh tidak boleh mewarna rambut...puan Ann(nama pemanggil) dan smeua perempuan yang ada di luar sana...dengar wanita-wanita yang ku sayangi lagi ku cintai..(waduh waduh...cair...hehe..) saya sayang semua.. apa dia... kena dengar... kalau pewarna rambut selain INAI.. selain INAI..( ustaz suka ulang-ulang ayat yang penting... aku suka..) dengan tidak menyampai air kepada kulit kepala dan rambut kita, makanya tidak sah mandi hadas kita dan wudhuk kita.. maka sesiapa yang memakai pewarna rambut itu, terpaksa kita POTONG BOTAK dan bagi tumbuh yang baru semula... 



Tu la kata-kata dan nasihat daripada Ustaz Don... maka, mai lah sama-sama kita ambilnya sebagai nasihat yang amat berguna kepada kita semua..

p/s: Nasib baik aku tak pernah mewarnakan rambut... inai kuku tu biasa la..hehe. tapi guna inai daun dan inai picit india tu je..hehe

Renung-renungkan dan selamat beramal... 





















Happy Besday My Housemate....




Happy birthday to you....
Happy birthday to you....
Happy birthday to Sakinah....
Happy birthday toooo youuuu.... 


Hari ni, 24 May 2012..... Merupakan hari ulangtahun kawan merangkap housemate, college, dan kawan baik..








Doa Deknie, semoga Wan Sakinah beroleh keberkatan di dunia dan di akhirat...
Semoga panjang umur dan murah rezeki...
Semoga persahabatan kita diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT...
Semoga impianmu untuk berkahwin pada tahun hadapan akan dimakbulkan oleh Allah walaupun dikau sahabatku masih solo lagi single dan masih belum berpunya... hehe..

Love U 4ever....Muaahhh....


Sekian... (^-^)




Wednesday 16 May 2012

Hanya Mampu Geleng Kepala

Assalamualaikum.... Salam Khamis...

Deknie hanya mampu geleng kepala bila baca berita mengenai artis di Malaysia ni.. bukan apa... sana sini kita boleh dengar banyak artis yang kawin-cerai kawin-cerai ni... setiap tahun macam tu... kawin dua tiga tahun, dapat anak sorg dua, alih-alih dah cerai... Masya Allah.. senang-senang je kan.. memang la cerai tu perkara yang di bolehkan dalam Islam.. tapi ia merupakan perbuatan yang paling dibenci oleh Allah.. kesian kat anak2 depa tu kan...

Ikuti kisah Adi Putra dan Rita Rudaini....


Adi Putra mengesahkan telah menfailkan penceraian terhadap isterinya pada 11 Mei lalu.


PETALING JAYA: Pelakon kacak, Adi Putra mengesahkan telah menfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya, Aida Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei.
Akhbar Harian Metro pada Khamis melaporkan, Adi, 31, berkata, dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dan tindakan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
"Ketika saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, saya mohon segala yang baik daripada Allah terutama kebahagian dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami," katanya.
Dalam pada itu, Adi turut menafikan penceraian itu disebabkan oleh isu anak atau pihak ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk diceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain.
"Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.
"Tiada sefahaman itu pasti dan selebihnya saya tidak mahu bercerita panjang," ujarnya. (mStar)





‘Saya nak Rita’
Aidil batal hasrat cerai


PETALING JAYA: “Saya masih sayangkannya. Kalau boleh saya nak kembali bersama Rita dan anak-anak,” kata pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Dia yang mesra dengan panggilan Aidil ditemui selepas menarik balik permohonan bercerai dengan isterinya, aktres popular, Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar. 
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membenarkan permohonan Aidil, 25, namun memerintahkannya selaku plaintif membayar kos kerugian RM250 kepada Rita, 36, kerana menarik balik kes itu di saat akhir iaitu kelmarin, sehari sebelum sebutan kes.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Aidil berkata, dia berharap dengan penarikan balik permohonan cerai itu, hubungan dia dan Rita pulih.

“Kalau Rita setuju dengan permohonan kembali taat (yang difailkannya semalam), perkara ini selesai. Saya nak dia dan anak-anak balik ke rumah saya di USJ1 (Subang). Sekarang dia menetap di rumah sewa di Damansara,” katanya yang hadir di mahkamah memakai kemeja dan seluar hitam.


p/s: Macam-macam ada......

Mei - Bulan kegembiraan & kesedihan


Assalamualaikum....



Selamat Bulan Mei pada semua !!!
Dan dalam bulan ini Malaysia menyambut pelbagai hari perayaan :



  • 1 May-   Hari Pekerja
  • 5 May -  Hari Wesak
  • 11 May- Hari UMNO 66 Tahun 
  • 12 May- Hari Jururawat
  • 13 May - Hari Ibu
  • 16 May - Hari Guru
  • 23 May - Hari Belia
Manakala di Melaka lak pada 12 May kita sambut Hari Falak / Hari Astronomi...

Dan apabila kita bergembira menyambut hari-hari ini dengan gembira pada masa yang sama dalam bulan ini juga adalah bulan kecelakaan untuk umat islam.
Iaitu pada setiap 15 May- rakyat Palestin memyambut Hari Nakba
Iaitu sehari selepas pengiktirafan Israel pada 14 May.

Hari Nakba adalah hari dimana Israel menjarah 500 kampung dan bandar Palestine hingga menyebabkan 700,000 rakyat Palestine kehilangan tempat tinggal dan menjadi pelarian.
Dimana bulan May adalah bulan kewujudan bumi Israel yang menjadi duri dalam daging kepada umat islam seluruhnya pada tahun 1948..
Tak perlu aku buat entri ini kerana ramai yang dah buat entri ini --search Hari Nakba

Sedihkan dimana Malaysia sibuk menyambut macam-macam sambutan di bulan May ini tapi pada masa yang sama kita terlupa akan kesedihan mutlak yang berlaku pada bulan May ini. sumber

Tuesday 15 May 2012

Budak Paling Cumell...

Assalamualaikum...

Maha Suci & Maha Agung Allah yang menciptakan manusia seindah-indah ciptaanNya..

Rehatkan minda dan cuci mata anda dengan pemandangan yang indah di bawah...









|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Kat Malaysia pon ada gak budak tercomel... layannzzzz..........

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|




Sangat comeeeeelllll kaaannn..... tapi ni masa kecik... gambar di bawah ni gambar dia dah besar sikit...
tapi, masih dalam kategori budak la..hehe...

|
|
|
|
|
|
|

Ni haaaaaa diaa.... Mia Sara Nasuha.. pelakon cilik berbakat masa kini... masih comel dan cute.. (^_^) 




Sekian persembahan......












Tema Hari Guru 2012

Assalamualaikum...




Tema Hari Guru tahun 2012 ni ialah “GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”.. 
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta
Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan
ulang c/o x2
Lagu boleh download daripada laman rasmi PPD Kulaijaya..
Nak download lagu tema vokal/minus one ada. Lagu Negaraku dan Kami Guru Malaysia pun ada. Senang. Semua ada kat situ.
Wallahu a’lam..


TERIMA KASIH CIKGU.... SAYANG CIKGU SEMUA....

Hadiah Untuk Guru.. SELAMAT HARI GURU!!!

Assalamualaikum...

Thank you for teaching me, Teacher...Pic ihsan Pakcik Google



Hari ni 16 Mei... setiap tahun, pada tarikh hari ini, merupakan sambutan hari guru sempena mengingati dan menghargai jasa-jasa guru-guru dan cikgu-cikgu yg banyak mencurahkan bakti mengajar dan mendidik anak bangsa sehingga menjadi insan yang berguna dan berjaya.

Aku teringat zaman sekolah rendah dulu... sebelum sambutan hari guru, cikgu-cikgu aku kat sekolah sibuk bagitau anak-anak murid mereka akan sambutan hari guru yang diadakan.. aku dan kwn-kwn susah payah memerah otak nak bagi hadiah apa kat guru..


Kebiasaannya, setiap tahun ini je yang mampu aku hadiahkan untuk cikgu kesayangan aku kat sekolah..


Kalo tak ini..........



Sabun buku



Ini yang jadi hadiah....

 Tisu muka



Hadiah-hadiah tu aku akan balut cantik-cantik dan esoknya pada Sambutan Hari Guru, aku akan beri kepada guru yang terpilih siap dengan kad ucapan kecik khas utk guru tersayang.

Simple kan hadiah.,.. tu je pon yang aku mampu.. beli hadiah pon guna duit belanja setiap hari yang ayah aku bagi.. tak mampu nak beli yang mahal-mahal... yang penting, hati kita ikhlas nak beri hadiah pada guru yang banyak berjasa kepada kita kan...

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH dan SELAMAT HARI GURU kepada semua yang bergelar guru, cikgu, pensyarah yang telah banyak mencurahkan ilmu mendidik dan mengajar aku sehingga menjadi insan yang insya Allah berguna untuk bangsa, agama dan negara....


TERIMA KASIH CIKGUKU SAYANG.... terimalah hadiah buat cikgu...




Tema hari guru pada tahun 2012 ini ialah:


"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" sumber



p/s: Semoga semua guru akan terus mencurahkan ilmu dalam mendidik anak bangsa dengan penuh ikhlas dan







Sunday 13 May 2012

Resepi Ayam Goreng Berempah



Assalamualaikum..

Duk sedap-sedap berblogwalking, aku terjumpa la resepi ayam goreng sedap kat blog hanif...
nampak sedap gak.. rasa nk try je blk umah nanti.. sape2 yang teringin nak try resepi ni, bleh la try yer... dijamin halal..hehe.. yg penting, ayam tu sembelih dahulu..hehe...



Gambar ihsan Pakcik Google

Bahan-bahan :

Sediakan kunyit dan campur dgn cili boh, 
halia (satu biji), rempah kari, bawang putih 1 biji, daun kari dan garam. 


Cara-cara:
Gaulkan semua dan perapkan ayam ni. Lepas tu goreng ler.


Very simple and nice...


Selamat mencuba...


Sekian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...