Pages

Nuff

Wednesday, 21 March 2012

Suasana setiap petang time balik dari kerja....

Assalamualaikum my Lovely Friends...


Sekarang ni, Deknie akan melalui suasana yang baru setiap kali balik dari kerja... korang nak tau tak suasana yang camner?? haaaa.... camni la yang Deknie lalui setiap petang......


Waiting for the Rapid U65




Kalau lah bus stop depan PROTON ni camni.....




ataupun camni....



kan ke best....huhu...mimpi la....




Bila dari jauh dah nampak Rapid U65 kesayangan Deknie... terus otomatik jadi camni plak.....




Sape cepat, dia dapat naik... sape lambat, gud bye....


Dalam bas, camni plak keadaannya...


Soo crowded.... Macam-macam bau masuk dalam lobang idungku...huh....


Tapi.. walau cam mana pon.. Deknie tetap bersyukur Alhamdulillah... sebab se'crowded' bas kat Malaysia ni, masih lagi ok... bukan toooooooo crowded camni haaa....



Sampai atas bombong....PENUH... Kalu lah Deknie camni setiap petang...OH NOOOOO!!!!




Yang ni pon sama..... Oh MY MUMMY.....




Yang ni, dah penuh pon nak 'sardin' kan jugak... Sardin tertumpah sampai luar tin...tak sanggup eden eh....sanggup tunggu next bus...




Kes yang ni plak... Masya Allah....kecian kat kete tu... bukan sebeban dah tu... BERBEBAN-BEBAN...














Deknie cadang nak balik kg masa raya pose nanti dengan keretapi.... Ya Allah..mtk2 la xde sampai jadi camni nanti...Amin....
























bukan keretapi dah ni...tapi KERETORANG.....



Sekian...Wassalam...

(^_^)

Good Morning my Lovely Friends....


Assalamualaikum... Gud morning everyone... Salam Khamis.. semoga hari ini akan berlalu dengan penuh makna dan keriangan kepada semua....




Mulakanlah hari anda dengan...............




SMILEE.... (^_^)








Terdapat pelbagai jenis senyuman di dunia ini... 



Ada senyuman yang MANIS tanpa BUKA MULUT....






Manis dengan BUKA MULUT....





Manis dengan NAMPAK GIGI.....





Manis dengan TAK NAMPAK GIGI......






Manis walau hanya dengan SATU JARI... :)




Manis walau senyuman PLASTIK...





Manis walau DIPAKSA SENYUM....








Walau apa pun senyuman anda, SENYUM lah dari HATI.....






Nescaya.... SENYUMAN anda akan kelihatan MANIS dan IKHLAS seperti......





dan....



hehehe... SENYUM lah.. nescaya anda akan mendapat kembali SENYUMAN anda.....




Sekian...Wassalam....

(^_^)

7 perkara tak boleh diubah dalam hidup


Tazkirah Remaja
Bersama Mohd.Zawawi Yusoh




DALAM hidup ini ada tujuh hal yang tidak boleh kita ubah iaitu:

1) Jenis kelamin dan jantina
 
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki. 

2) Orang tua  


Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti.


3) Hari kelahiran

Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesalinya.


4) Bentuk Fizikal

Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah seadanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi.


5) Masa lalu

Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran.

Justeru, ‘berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan.


6) Kedudukan dalam keluarga

Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.


7) Suku bangsa

Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.



Ada lima resipi untuk melakukan perubahan diri antaranya:
  • Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda.

    Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.

  • Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata.

    Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.

  • Lakukan perubahan pada masa sekarang. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya.

    Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.

  • Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya de�ngan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati.

    Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa.

    Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.

  • Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita.

    Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama.

    Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya.




  • * Peringatan untuk Deknie dan untuk korang semua jugak...


    Sekian... Wassalam...


    (^_^)

    Ungkap kasih sebelum maut...

    Sedih..terharu...baru je 2 tahun kawin, suaminya dah dipanggil Ilahi..kesiannya...


    REMBAU: “Abang sayang ayang sampai mati. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke-2 kita,” itu kandungan ayat kad ucapan terakhir mangsa kemalangan maut, Ariffin Hamzah, 31, kepada isterinya sebelum kereta dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam enam meter di Kilometer 242.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, semalam.
    Lebih menyayat hati, semalam genap dua tahun perkahwinan mangsa dan isteri, Haliza Hashim, 28, yang dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Izqarin Wafi, sembilan bulan.

    Dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, Ariffin dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Alor Gajah, Melaka terbunuh selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum terjunam ke dalam gaung.
    Kakak ipar mangsa, Nornomi Mad Som, 32, berkata, kad ucapan ulang tahun perkahwinan itu sempat diberikan malam kelmarin selepas arwah bersama isteri meraikan sambutan perkahwinan mereka di Senawang. “Kali terakhir saya bertemu arwah pada Ahad lalu di rumah ibu di Kampung Taboh Naning, Alor Gajah, Melaka. Arwah sempat memberitahu mahu membelikan kad untuk dihadiahkan kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka, semalam.

    “Dalam keadaan berseloroh arwah sempat berpesan supaya saya menjaga ibu dengan baik,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tampin, di sini, semalam.

    Katanya, sudah menjadi kelaziman setiap minggu adik- beradik akan berkumpul di rumah ibu mereka.

    “Selepas menikmati makan malam bersama kami, arwah anak keempat daripada enam beradik itu meminta diri pulang ke rumah di Senawang dan sebelum itu dia singgah sekejap di Tampin untuk membeli kad ucapan,” katanya. 

    -Hmetro


    Budak-budak Gen-Y skang ni makin pandai2...



    PUTRAJAYA: Seramai 559 daripada 468,808 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.
    Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruh pelajar dalam peperiksaan terus meningkat sejak empat tahun lalu.
    “Pencapaian keseluruhan sekolah juga meningkat, apabila bilangan sekolah dalam kategori ‘cemerlang’ dan ‘baik’ masing-masing meningkat sebanyak 13 dan 60 buah sekolah,” katanya ketika mengumumkan SPM 2011 Keputusan analisa di Kementerian Pelajaran di sini, Rabu.
    Abdul Ghafar berkata, sekolah-sekolah berkenaan diukur menggunakan Gred Purata Sekolah (GPS) dan dikategorikan sebagai “sangat baik”, “baik”, “memuaskan”, dan “berpotensi”.

    Budak2 ni sangat bijak...time Deknie dulu, xdela seramai ni yang dapat straight A's.. berapa ketol je pon.. ramai yg cukup2 mkn je.. termasuklah Deknie..hehe...skang ni..mak aihh..ramai btol.. tahniah la Deknie ucapkan kepada pelajar yang lulus dengan cemerlang.. yang mana tak berapa cemerlang, jgn putus asa.. jgn terlampau kuciwa yea... masa masih pjg utk adik2 berusaha lagi dan lagi dan lagi... lepas ni, apply upu.. bleh masuk uni yang best2.. masa tu, belajar sungguh2 tau..jgn main2 dah... sementara nak tunggu panggilan u tu, kalo nk keje pon bagus gak..nk tolong mak ayah kat umah pon bleh gak...jgn duk goyang kaki kat umah memperabihkan boreh jah dah la ek... saaayang korang tau...muah3...

    Sekian... wassalam....

    (^_^)






    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...