Pages

Nuff

Thursday 6 September 2012

Last Day..

Assalamualaikum...



Berbaur perasaan deknie kala ini..hari ni mungkin hari yang ditunggu-tunggu selama ini.. tapi, bila tibanya hari ni, terasa lain la pulak.. macam-macam dah rasa ni.. sebak... sedih... suka pon ada..ntah la... yang pasti, deknie akan merindui tempat ini.. opis ini.. jabatan ini.. syarikat ini...huhu...

Yer... hari ni deknie last day training kat syarikat ni.. maksudnya lepas ni, deknie dah tak keje kat sini lagi..semuanya akan jadi kenangan.. memang banyak kenangan deknie kat syarikat ni.. dengan pengalaman baru dari segi keje, projek yang deknie jalankan... staff-staff kat opis ni.. suasana nyaman dan sejuk kat IT Department ni.. surau yang sejuk sangat... Exec Dining (kafeteria)..toilet..(toilet pon kenangan gak).. mana taknya.. dah jadi kunjungan tetap deknie setiap hari bekerja.. deknie gelarkan ia MISS TAN..hehehe...

Lepas ni, aktiviti harian deknie akan berubah 180 darjah.. bangun pagi untuk solat subuh je.. tak perlu mandi dan bersiap bagai untuk ke tempat keje..hehhee... best2.. nak rehat kejap sebelum cari keje lain..bulan depan, kami serumah akan berpindah keluar dari rumah sewa kami..dah abis kontrak la katakan..huhu.. kene cari umah lain..mungkin deknie akan cari bilik kosong area kolumpor... nak cari keje pon kat sana gak..mintak-mintak ada la rezeki deknie dan kawan-kawan yang lain nanti..Insya Allah...

Deknie suka dengan satu kata-kata ni daripada seorang sahabat...


" IN THE MIDDLE OF DIFFICULTY, 
LIES OPPORTUNITY " 


Insya Allah.. kita teruskan usaha.. lebihkan berdoa dan berserahlah segala-galanya kepada DIA.. semoga ada yang terbaik untuk kita di kemudian hari.. Insya Allah...



p/s : Sesungguhnya ada hikmah disebalik setiap kejadian...



Pembunuh Anak Sendiri

Assalamualaikum....

Dibunuh sebaik dilahir
Sumber myMetro




KUANTAN: “Hampir menitis air mata saya melihat mayat bayi tidak berdosa itu terperosok dalam lubang tandas, tapi demi tanggungjawab, saya dan tujuh rakan yang lain kuatkan juga semangat untuk menjalankan tugas.”
Demikian, kata seorang daripada anggota bomba ditugaskan mengeluarkan mayat bayi baru lahir yang tersumbat dalam lubang tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini semalam.


Ya Allah... tergamam.. terkilan..sedih.. terharu.. marah.. geram... semua perasaan bercampur baur bila deknie baca berita ni kat myMetro pagi ni... tak tau la deknie nak cakap apa... ni bukan perbuatan manusia.. tapi perbuatan binatang bertuhankan syaitan.. Nauzubillah.... sedangkan binatang biasa pon sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang mempunyai akal fikiran... 

Si ibu yang sanggup membuang anaknya ke lubang tandas ni tak pikir ke dosa yang perlu ditanggung di sana nanti...Masya Allah... dosa membunuh merupakan salah satu daripada 7 dosa besar yang lain...






p/s : Sama-sama la kita doakan semoga ibu bayi tersebut mendapat hidayah daripada Allah dan akan bertaubat dengan apa yang telah dilakukannya... Amin...Insya Allah.. 





Meow yang Prihatin

Assalamualaikum...


Deknie suka gambar ni.. korang pon mesti suka gak kan.. sweet jeee...hehhehe..





 Biarlah gambar berbicara...(^_^)


p/s : Ada ke sesapa yang tak paham cite di atas??? sila angkat tangan...hehhee...
tak paham tu tandanya tak pandai baca jawi la tu... cepat mengaku...hehhehe.. bleh deknie translatekan untuk sesapa yang tak paham..





Petua Mengatasi dan Menghilangkan Kelemumur

Assalamualaikum....




Di sini saya senaraikan 4 petua untuk mengatasi dan menghilangkan kelemumur pula... Buat kawan2 atau pasangan yang mempunyai masalah kelemumur bolehlah cuba nanti ye. Terutama yang memakai tudung cam deknie ni.. yer la.. rambut belum kering lepas mandi, terus bungkus dalam tudung kan.. tu yang membuatkan kelemumur mudah menyerang kepala kita..


Cara-cara : 

Mula-mula ambil segenggam daun inai (sebaik-baiknya daun inai tua) dan satu sudu teh (yang telah direndam dengan air panas selama sepuluh minit), digiling halus dan lumat.  Lumurkan bahan tersebut di kulit kepala dan perap selama satu jam kemudian dibersihkan.  Amalkanlah petua ini tiga minggu sekali, insyaallah masalah kelemumur akan berkurangan sikit demi sedikit.

*****

Masalah kelemumur sering menjadi rungutan wanita. Untuk menghilangkan kelemumur, campur air perahan limau nipis dengan sedikit air sebelum digosok pada kulit kepala.


*****

Ambil kira-kira 10 helai daun pandan yang agak tua, kemudian ia ditumbuk sehingga halus dan dicampurkan dengan dua gelas air.

Tapis campuran itu dan sapukan dengan rata pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan selama setengah jam dan bilas rambut dengan air bersih. Ia bukan saja membantu mengurangkan kelemumur malah rambut berbau wangi.

*****

Amalan orang lama pula hanya menggunakan santan. Ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan selama sejam supaya patinya naik.

Kemudian, barulah ia disapu pada rambut. Balut rambut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam. Jika kerap diamalkan, ia membantu untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik.


Sumber sini



p/s : Deknie pon kene try gak la sbb kepala deknie pon ada gak kelemumur ni.. susah betul nk hilangkan.. kene cuba petua di atas la...kepada korang.. selamat mencuba yer...




Wednesday 5 September 2012

Petua Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Assalamualaikum....



Penyebabnya Lingkaran hitam bawah mata:

1. Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.
2. Anda ada alahan.
3. Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
4. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
5. Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.
6. Faktor genetik.
7. Pengaliran darah yang tidak stabil.
8. Anda menghadapi tekanan dan tidak dapat mengawalnya dengan baik.
9. Terdedah kepada cahaya matahari.
10. Penurunan berat badan yang agak mendadak.
11. Ada masalah pinggang dan juga perut.
12. Tisu lemak dan cecair.
13. Masalah sinus.
14. Anda memang ada masalah kesihatan.
15. Anda seorang perokok.


Cara Menghilangkannya:



Menggunakan Kentang: Kisar sebiji ubi kentang. Bahagikan kepada 2 bahagian dan balutkan dengan sehelai kain nipis. Baring dengan santai dan tekapkan balutan tadi pada kedua belah mata anda. Pastikan mata anda terpejam dan biarkan selama 15-20 minit.

Menggunakan Timun: Parut hujung timun (Bahagian kepala yang berwarna hijau pekat. Lebih elok lagi jika timun itu diletakkan di dalam peti sejuk terlebih dahulu). Ambil tisu muka berbentuk empat segi dan basahkan dengan air yang terhasil melalui parutan tersebut. Lekapkan di mata. Boleh juga jika anda ambil hampas parutan dan letak di atas tisu dan kepitkan dengan tisu yang lain. Kemudian, tekapkan ke kelopak mata yang tertutup selama beberapa minit. Amalkan selalu.

Menggunakan Uncang Teh : Sebelum digunakan, letakkan uncang teh yang telah digunakan di dalam peti sejuk semalaman. Baring dengan santai dan tekapkan balutan tadi pada kedua belah mata anda. Pastikan mata anda terpejam dan biarkan selama 15-20 minit.




Deknie copy dari sini



p/s : Cara tradisional ni lebih menjimatkan dan selamat daripada guna cara moden kan... nak guna timun cam gambar di atas pon boleh jugak...









8 cara menenangkan hati dalam masa 30 saat

Assalamualaikum...


cara untuk menenangkan hati


Setiap hari, pasti masing-masing akan melalui dugaan kehidupan yang tersendiri. Sehingga ada yang merasakan mereka tidak mempunyai masa untuk menenangkan hati atau perasaan mereka walaupun sekejap. Tetapi ia sebenarnya hanya boleh dilakukan dalam masa 30 saat. Antara cara yang anda boleh cuba adalah..
(1) Bernafas dalam-dalam-  70% sisa yang berada didalam tubuh berjaya dihapuskan apabila anda bernafas dalam-dalam. Anda boleh cuba melakukannya dengan meletakkan tangan pada bahagian perut, dan rasakan ia naik dan turun pada setiap kitaran nafas. Dalam masa 30 saat, ia dapat membantu untuk lebih menenangkan hati anda.
(2) Ikrar atau azam- Sekiranya anda sedang berada didalam dilema atau kerisauan mengenai sesuatu masalah, tanamkan azam yg mampu anda lakukan untuk berusaha mengatasi masalah tersebut. Cara ini bukan sahaja akan menenangkan hati anda, malah ia akan lebih memberi keyakinan untuk anda menempuhi masalah yang sedang dihadapi dengan kadar segera.
(3) Regangkan badan- Sekiranya anda sedang berada didalam tekanan, lakukan sedikit regangan untuk mengurangkannya.
(4) Senyuman- Hanya dengan senyuman, ia mampu membebaskan tekanan dan ketegangan otot pada wajah anda. Selain itu, ia bukan sahaja membantu untuk menenangkan hati anda sahaja, malah turut menenangkan orang lain apabila melihat anda.
(5) Minum air- Kandungan air didalam otak anda adalah kira-kira 75%, ia juga adalah tempat paling mudah untuk kekurangan air. Otak anda memerlukan air untuk berfikiran lebih jelas. Apabila anda berjaya untuk memikirkan sesuatu itu dengan jelas, secara tidak langsung ia akan membantu menenangkan hati anda.
(6) Pejam mata- Pejam mata sebentar dan cuba bayangkan perkara yang boleh menenangkan hati anda. Sebagai contoh, bayangkan mengenai percutian yang pernah anda lalui, kenangan bersama ahli keluarga atau sebagainya.
(7) Dengar lagu- Memang tidak dapat dinafikan, lagu amat memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi emosi seseorang. Sekiranya anda mendengarkan lagu yang berbentuk sentimental atau perlahan, ia secara tidak langsung akan turut menenangkan hati dan perasaan anda.
(8) Termenung sebentar- Mungkin ramai yang menyatakan bahawa termenung tidak memberikan apa-apa manfaat didalam kehidupan. Tetapi, ia sebenarnya dapat membantu menenangkan hati seseorang. Sekiranya anda sedang berada didalam kerungsingan, tiada masalah untuk termenung sebentar tetapi jangan terlalu mengikut perasaan.

Tuesday 4 September 2012

Gagau Ikan di bendang padi



Assalamualaikum....



iBH62b



Bila tengok gambar kat atas ni kan... deknie teringatlah masa kecik-kecik dulu kat kampung... berkubang dalam sawah semata-mata nak tangkap ikan.. masa tu musim orang menuai padi, so.. banyak la ikan-ikan darat yang timbul kan.. masa ni memang meriah la.. pakcik makcik... adik kakak... kecik besar... semua ada...tak kira apa dah.. malu ke, lintah ke, comot ke hapa ke... yang penting dapat tangkap ikan sebanyak mungkin..pastu duk bandingkan jumlah ikan yang kita dapat dengan kawan-kawan...hehehe... seronok... meriah... memang nostalgia betul...

Sekarang ni pon masih ada lagi, cuma tak ramai budak2 kampung yang sanggup turun ke bendang untuk tangkap ikan musim menuai padi... masing-masing lebih suka duk depan tv or komputer untuk main game yang hentah hapa2 ntah... masing-masing buat hal masing-masing... kau kau... aku aku....dah kurang semangat kekitaan dah...bagi mereka, main game lebih seronok berbanding mencomotkan diri dengan lumpur di sawah bendang...hurmmm... ntah la..



Makin ramai yang tak kenal ikan puyu, ikan haruan dan ikan keli...



p/s : Rindu zaman budak-budak hingusan dulu kala...



Monday 3 September 2012

Doa memudahkan urusan seharian

Assalamualaikum....


Salam sejahtera salam perpaduan semua....


Lamanya deknie cuti dari berblog kan... ada yang rindu ke?? hehehe... *sambil kenyit2 mata, senyum simpul dan tundukkan sikit kepala...hehhee...yerrr??? rindu ke?? deknie pon rindu sangat kat korang tau...  peluk ketat2... oppss... yang pompuan je bleh peluk... kalo lelaki... no no nooooo..... (^_^)

Selama 4 hari deknie bermalas-malasan je kat umah..habiskan masa ngan layan movie kat laptop... macam-macam cerita tengok..omputih ada.. korea ada... jepun pon ada..abang deknie ajak g umah dia kat KL, tapi deknie tolak... terasa malas plak nak bergerak... nk rehat dan malas2 je kat umah...hehehe... kemas umah pon sikit2 je... basuh baju pon 1 baldi je...hehhe... otak deknie tengah serabut ni... macam-macam benda nak kene pikir... lebih2 lagi pasal keje la... training kat opis deknie ni, last minggu ni dah.. minggu depan, alamatnya...huh... duk umah je la... bosan... boring...nak kene cari keje gak ni walau camne pon... nak balik kampung plak, cam malas... kompem takkan dapat keje punya... baik duk sini je... kan..



DOA + USAHA + IKHTIAR + TAWAKKAL = DUIT


So, jom sama2 kita berdoa semoga dimudahkan segala urusan kita sehari-hari...


Maksudnya:


Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.



Aminnn....



p/s : Sesungguhnya doa merupakan senjata orang mukmin....























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...