Pages

Nuff

Sunday, 12 August 2012

Puasa Nafsu..

Assalamualaikum....

Salam 24 Ramadhan....



Alamak...lagi 5 hari ke kita puasa?? cepatnya masa berlalu kan.. pejam celik pejam celik pejam celik... dah nak raya dah... camne persiapan raya korang semua?? dah beres semua ke ada yang tak habis lagi shopping barang raya??

Semalam deknie dan kawan-kawan poli deknie telah meramaikan dan memeriahkan suasana di Jalan TAR dan Majid Jamek, Kuala Lumpur... nak gi sana bukan nak beli apa pon.. nak beli tudung je..hehehe... baju raya dah beli dah, so, alhamdulillah.. nasib baik tak terpedaya dengan baju raya yang sangat cantik dan ohsem semuanya... sabar deknie... sabar... baju raya dah ada kan.. so... jgn nk ngengada nak beli yang lain...hehehe...nasib baik dengar cakap..hehehhe....

Orang??? jangan cakap la.. kalo nak kita jumlah barangan yang dijual kat sana dengan jumlah orang + pembeli + pelancong + pencuci mata + makhluk asing..oppsss.. means rakyat asing... memang orang yang datang sana lagi ramai dari barangan yang dijual... nak menyelit pon tak boleh... saaaaangat ramai Masya Allah... pelbagai ragam.. pelbagai gaya.. pelbagai perangai... pelbagai spesis... pelbagai etnik..huh... penat nak tulis satu-satu....

aduiii... apa kaitan entry ni ngan tajuk eh... hehehhe... bukan apa... kalo boleh, nak buat persiapan raya tu, jangan la terlalu mengikut kata napsu tu... ikut kemampuan dan keperluan la... kalo dah tak berapa nak mampu tu, tak payah la belanja over bajet plak kan... nanti tak pasal2 lepas raya ni menanggung hutang... kan dah tak pasal2 kang ikat perut plak lepas raya ni..pada yang memang mampu plak tu, ingat la orang yang di dalam kekurangan...


p/s : kalo dah tak tau nak buat apa ngan duit yang berlebih2 tu kan, hehehe... bak sini sikit... sebagai duit raya atau sumbangan ikhlas...hehehe... deknie terima dengan tangan terbuka luas... bak kata orang, kecik tapak tangan, padang bola deknie tadahkan...hahaha....




Kaji kemiskinan rakyat Kelantan

Assalamualaikum...

Salam 24 Ramadhan...

ni ada berita sikit tentang kampung aku...huhu...




TUMPAT – Penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) akan mengkaji tahap kemiskinan rakyat di negeri ini bagi menentukan punca dan cara penyelesaiannya.
Satu kajian awal mendapati, daerah Tumpat merupakan antara daerah yang paling kritikal berhadapan dengan masalah kemiskinan tegar, oleh itu sebanyak 100 keluarga di sekitar daerah itu telah dikenal pasti untuk menjadi kumpulan pertama dalam projek pembasmian kemiskinan tegar.
Menurut Penasihat Khas kepada Yang Pertua MAIK, Datuk Nik Kamaruddin Ismail, kajian itu bertujuan mengenali punca sebenar kemiskinan dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyalurkan bantuan.
“Kita perlu tahu masih lagi wujud masyarakat miskin tegar di negeri kita dan ada antara mereka menjalani kehidupan yang terlalu daif dan menyedihkan.
“MAIK mahu kemiskinan di negeri ini dibasmi dan dengan itu, kami turun padang untuk melihat sendiri keperluan golongan ini bagi membolehkan mereka membantu meningkatkan taraf hidup masing-masing,” katanya ketika melawat beberapa buah keluarga di sekitar Tumpat semalam.


p/s : Bagusla kalo ada inisiatif untuk membasmi kemiskinan kat Kelantan ni... sekurang-kurangnya, merasa la orang kampung aku hidup senang sikit kan walaupun tak mewah... tapi, walaupun tak kaya, orang-orang kampung aku tetap hidup bahagia... 

nape aku cakap camtu?? korang bleh tanya orang kampung aku, dalam satu family, berapa anak yang mereka ada... hehehe... kaya dengan zuriat...Alhamdulillah...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...