Pages

Nuff

Tuesday 31 July 2012

Kadar Zakat Fitrah 2012 / 1433H

Assalamualaikum....



p/s : Jangan lupa membayar zakat fitrah bagi yang telah mempunyai pendapatan sendiri...






Segmen : Blogwalking August by Jaja Sutera

Assalamualaikum...

Aku di tag untuk menge'join' segmen oleh Erna EER ni haaa.... so, support menyaport amalan mulia kan... aku pon terjoin gak la segmen by jaja ni...





kalo korang nak kjoin sama, bleh la klik banner jaja kat atas tu...



aku nak tag semua pembaca blog aku ni.. sapa2 yg rajin, bleh la join k...

p/s : Selamat bersegmen semua..hehehe



Monday 30 July 2012

SEGMEN : Tambah Follower Blog Sampai 1000+

Assalamualaikum....

Deknie nak join segment yg dianjurkan oleh Izzah Ismail...






segment ni untuk yang mempunyai follower kurang dari 1000.. so... aku ni tersangatlah boleh join kan memandangkan follower @ geng aku ni baru 53 orang... sape2 yg nak join, bleh klik banner kat atas yer...

Follower : 53

nak tag : Papa Blogger


p/s : Selamat bersegment untuk yang sudi....

Sunday 29 July 2012

5 Kata-kata Hikmah....


Assalamualaikum....


Gambar takde kaitan...



Kata-kata hikmah untuk renungan bersama...




1. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.


2. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.


3. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.


4. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.


5. “Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”






p/s : Renung-renungkan...







Tabung Iftar Ramadhan Rohingya

Assalamualaikum....





Hayat Sedekah. . .

Firman Allah swt:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka brgembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar." - Surah At-Taubah-ayat 111

Perjanjian Allah swt dari sedekah sipemberi:
Keberkatan hidup seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki.
Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Perniagaannya sentiasa dalam keuntungan
dan dia akan terhindar daripada penyakit bahaya. Usianya akan dipanjangkan oleh nikmat sedekah dan rezeki yang diperoleh.


Keberkatan pada akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah akan diambil rohnya dengan segala kesenangan tanpa
penyesalan dan kesedihan. Matinya bukanlah sebagai seorang yang tidak mensyukuri nikmat Allah swt bahkan akan dirahmatiNya kerana keikhlasan itu. Rasulullah saw menegaskan dalam hadis yang bermaksud:
"Apabila seseorang anak Adam mati, segala amalannya akan terputus melainkan tiga perkara:
Sedekah Jariah yang sentiasa mengalir pahalanya.
Ilmu yang dimanfa'atkan orang lain.
Doa anak yang salih. _ (Riwayat Muslim)

Keberkatan ketika dibangkitkan pada hari kiamat kelak, orang yang suka bersedekah ini akan dipayung dan diteduhkan oleh
sedekahnya ketika hayat didunia. Ini pasti dapat mengelakan daripada ditimpa kepanasan dialam akhirat. Sedekah juga akan meringankan seseorang itu ketika dihisab Allah dan akan memberatkan timbangan kebajikannya.

Jangan anggap pemberian itu Hak Kita, sebenarnya didalam harta kita ada Hak Mereka. 
credit terapcare


Simbol wanita gagah - Nur Suryani Mohamed Taibi

Assalamalaikum...

Salam pagi Isnin dan 10 Ramadhan...

cepatnya masa berlalu kan... dah 10 hari dah kita berpuasa... pagi2 lagi dah baca berita yang membnagkitkan semangat kewanitaan aku...ehhehe... apa?? pe cite dia?? haaa... ni... baca kat bawah ni...


SURYANI menduduki tempat ke-39 dalam acara air rifle individu wanita pada Sukan Olimpik 2012 di London - Kosmo



LONDON - "Nur Suryani (Mohamed Taibi) adalah simbol wanita yang memiliki keyakinan dan kesungguhan."
Demikian rumusan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2012 London, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid terhadap ratu menembak negara itu.
Menurutnya, Suryani memiliki kecekalan dan tidak menunjukkan sebarang tanda menyerah mudah.
"Saya menganggap prestasi Suryani pada temasya di London tidaklah teruk sangat. Mata pungutannya juga boleh dikatakan memuaskan.
"Walaupun menduduki tempat ke-39 tetapi dia berjaya menewaskan baki 25 penambak hebat daripada negara lain. Sebab itu saya katakan, prestasinya agak memuaskan," jelas Ahmad Sarji semalam.
Menurutnya: "Kita perlu mengambil kira tekanan yang dihadapi oleh Suryani semasa beraksi pada temasya ini. Dia bukan sahaja menjadi tumpuan media asing, malah kandungannya juga boleh menjejaskan konsentrasinya.
"Tetapi dia mampu mengawal dirinya dengan baik dan ini membuktikan dia memiliki kekuatan mental yang hebat. Jika dia tidak mengandung, saya yakin Suryani boleh melakukan yang lebih baik."
Ahad Sarji juga menyifatkan bahawa Suryani memiliki potensi untuk pergi lebih jauh pada Sukan Olimpik akan datang.
"Banyak faktor yang menjejaskan prestasinya di sini (London). Selain tekanan media asing, dia juga perlu menjaga kandungannya. Sebab itu, saya anggap secara keseluruhannya, prestasi Suryani harus dibanggakan," tambahnya.

Tengok... dalam tengah sarat mengandung pon, semangat kesukanan beliau sangat mengagumkan...beliau boleh dilabelkan sebagai IRON WOMAN MALAYSIA....

harap2 bayi dalam kandungan Suryani akan sihat dan beliau akan selamat bersalin nanti...

p/s : Kepada Suryani.... andalah sumber insprirasi wanita masa kini... GO Suryani GO.....




Thursday 26 July 2012

5 Kata-kata Hikmah

Assalamualaikum...


Gambar takde kaitan...



Kata-kata hikmah untuk renungan bersama...

1. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.


2. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.


3. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.


4. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.


5. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.






p/s : Renung-renungkan...

Binaan Peliks...

Assalamualaikum....

Kat negara orang kan.. macam2 ada.. benda2 yang tak masuk akal pon banyak... korang layan  je la gambar-gambar kat bawah ni k...





Pembinaan Pelik




















Credit to sini

Temasya Sukan Olimpik London bermula...

Assalamualaikum.... salam ramadhan hari ke 7...





TIRAI temasya Sukan Olimpik 2012 di London disingkap secara rasmi hari ini, sekali gus menandakan pemburuan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia bermula.

Sejak kontinjen Malaysia membuat penampilan sulung di pentas Olimpik di Melbourne, Australia pada 1956, hanya badminton menjadi satu-satunya acara sebagai penyumbang pingat.
Pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei meraih pingat perak.
Sebelum itu, gandingan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock meraih pingat perak pada Olimpik 1996 di Atlanta manakala Rashid Sidek merangkul gangsa dalam temasya yang sama.
Di pentas Olimpik 1992 di Barcelona, pasangan Razif dan Jalani Sidek turut menyumbang pingat gangsa buat kontinjen Malaysia.
Pada temasya di London kali ini, selain sandaran diletakkan di bahu Chong Wei,
27 juta rakyat Malaysia turut berharap pelumba basikal sensasi negara, Azizulhasni Awang dan ratu terjun, Pandelela Rinong menghadirkan kilauan emas sulung buat kontinjen negara. - Kosmo


p/s : Semoga Malaysia akan beroleh banyak pingat emas... Go Malaysia Go!!!!!!!!

Iftar Hari ke 6 Puasa

Assalamualaikum....

Hari ni dah hari ke 6 berpuasa... cepatnya kan masa berlalu.. lagi 3 jam nak berbuka...petang ni aku ngan dak umah cadang nak gi beli juadah berbuka kat pasar malam... bukan bazaar ramadhan..hehehe...

tak tau lagi nak makan apa.. tapi mintak-mintak tak terbeli makanan dengan banyaknya... bukan apa.. kalo beli banyak-banyak pon, bukan habis pon makan kan.. membazir je... takmo jadi cam kat bawah ni...



ehsan pakcik gugel..




p/s : Selamat berbuka kepada korang yang dikasihi dan disayangi sekalian...


Wednesday 25 July 2012

Iklan Jawatan Kosong di Kampus Kesihatan & HUSM

Assalamualaikum....





Iklan Dalaman 2012 (Kampus Kesihatan & HUSM)
(Dibuka dari 7/16/2012 sehingga 7/30/2012)

Bil
Jawatan
Gred
1
Atenden Kesihatan
U3
2
Jurupulih Perubatan
U29
3
Jururawat Masyarakat
U19
4
Jururawat Pergigian
U29
5
Juruteknik Komputer
FT17
6
Juruteknologi Makmal Perubatan
U29
7
Juruteknologi Pergigian
U29
8
Pegawai Dietetik
U41
9
Pegawai Farmasi
U41/U44/U48/U52/U54
10
Pegawai Keselamatan
KP41
11
Pegawai Khidmat Pelanggan
N17
12
Pegawai Pemulihan Perubatan
U41
13
Pegawai Pergigian
U41/U44/U48/U52/U54
14
Pegawai Perubatan
UD41, UD43/44, UD47/48, UD51/52, UD53/54
15
Pegawai Psikologi
S41
16
Pegawai Sains
C41
17
Pegawai Tadbir
N41
18
Pegawai Teknologi Maklumat
F41
19
Pegawai Veterinar
G41
20
Pemandu Kenderaan
R3
21
Pembantu Am Pejabat
N1
22
Pembantu Hal Ehwal Islam
S17
23
Pembantu Pembedahan Pergigian
U17
24
Pembantu Perpustakaan
S17
25
Pembantu Tadbir (Kewangan)
W17
26
Pembantu Tadbir (Pekeranian/Operasi)
N17
27
Pengawal Keselamatan
KP11
28
Penolong Akauntan
W27
29
Penolong Pegawai Farmasi
U29
30
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
S27
31
Penolong Pegawai Perpustakaan
S27
32
Penolong Pegawai Perubatan
U29
33
Penolong Pegawai Sains
C27
34
Penolong Pegawai Tadbir
N27
35
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
F29
36
Pereka
B41

Cara Memohon :

Semua permohonan hendaklah dibuat secara online menggunakan e-recruIT EVO2

Tuan/ Puan hendaklah mendaftar sebagai ahli e-recruIT EVO2 sebelum memohon sebarang jawatan yang diiklankan.

Tarikh Tutup Permohonan: 30 Julai 2012


p/s: Pada sape2 yang berminat, bleh apply... semoga berjaya yer....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...