Pages

Nuff

Wednesday, 5 September 2012

Petua Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Assalamualaikum....



Penyebabnya Lingkaran hitam bawah mata:

1. Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.
2. Anda ada alahan.
3. Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
4. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
5. Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.
6. Faktor genetik.
7. Pengaliran darah yang tidak stabil.
8. Anda menghadapi tekanan dan tidak dapat mengawalnya dengan baik.
9. Terdedah kepada cahaya matahari.
10. Penurunan berat badan yang agak mendadak.
11. Ada masalah pinggang dan juga perut.
12. Tisu lemak dan cecair.
13. Masalah sinus.
14. Anda memang ada masalah kesihatan.
15. Anda seorang perokok.


Cara Menghilangkannya:



Menggunakan Kentang: Kisar sebiji ubi kentang. Bahagikan kepada 2 bahagian dan balutkan dengan sehelai kain nipis. Baring dengan santai dan tekapkan balutan tadi pada kedua belah mata anda. Pastikan mata anda terpejam dan biarkan selama 15-20 minit.

Menggunakan Timun: Parut hujung timun (Bahagian kepala yang berwarna hijau pekat. Lebih elok lagi jika timun itu diletakkan di dalam peti sejuk terlebih dahulu). Ambil tisu muka berbentuk empat segi dan basahkan dengan air yang terhasil melalui parutan tersebut. Lekapkan di mata. Boleh juga jika anda ambil hampas parutan dan letak di atas tisu dan kepitkan dengan tisu yang lain. Kemudian, tekapkan ke kelopak mata yang tertutup selama beberapa minit. Amalkan selalu.

Menggunakan Uncang Teh : Sebelum digunakan, letakkan uncang teh yang telah digunakan di dalam peti sejuk semalaman. Baring dengan santai dan tekapkan balutan tadi pada kedua belah mata anda. Pastikan mata anda terpejam dan biarkan selama 15-20 minit.




Deknie copy dari sini



p/s : Cara tradisional ni lebih menjimatkan dan selamat daripada guna cara moden kan... nak guna timun cam gambar di atas pon boleh jugak...









4 comments:

  1. thanx!didiey mmg ada mslh dark circle..ada kwn2 ckp sbb didiey asma..plus ibu didiey pown mmg ada dark circle gak..huhu...

    http://ezatichumel.blogspot.com/2012/09/help-me-to-like-these-please.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome... try la yer... semoga berjaya...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...