Pages

Nuff

Tuesday, 3 July 2012

Posisi Tidur Terbaik...

Assalamualaikum....
Kebanyakan individu tidak mengubah posisi tidurnya kerana sudah menjadi kebiasaan. Tetapi kadang-kadang ini akan menyebabkan lelah, sakit badan atau letih ketika bangun tidur. Salah satu penyebabnya adalah posisi tidur yang tidak sesuai. Ketahui posisi tidur yang sihat untuk tubuh.
Diriwayatkan drp Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w
bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن…
Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu.” (Hr Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-
  • Tidur dengan meniarap:
Dr Zafir al-Attar berkata: “Seseorang yang tidur meniarap diatas  perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gump alan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. ”
Pengkaji dari Australia telah menyatakan bhw berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri. Majalah ‘Times’ juga telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak- kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorg lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur & duduklah sesungguhnya  ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
  • Tidur menelentang:
Dr Zafir al-Attar berkata: Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan meregangnya rahang bawah. Sepatutnya dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara. Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi
yang akhirnya meneyebabkan radang.”
  • Tidur mengiring ke kiri:
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan & tidur mengiring ke kiri. Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 – 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yg  tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
  • Tidur yang terbaik:
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dlm kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dgn baik. Ini memudahkan utk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Rujukan: Mausuah al-I’jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.
Entry copy paste dari sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...