Pages

Nuff

Thursday, 12 July 2012

Boss Baik vs Boss Kurang Baik

Assalamualaikum korang...


Deknie serba salah nak cerita dalam blog baby deknie ni... baby la sangat kan.. yer la.. aku ni kan blogger baru lagi.. kiranya cam baby yg baru lahir la kan.. aceeeehhhh....hehehe

Berbalik kepada tajuk entry kali ni... Boss yg baik vs Boss yg kurang baik.. di dunia ni, ada bermacam-macam jenis Boss.. ada yg baik dan mengambil berat hal ehwal anak-anak buah beliau.. ada yang ego dan langsung tidak peduli hal anak-anak buah beliau.. kau-kau... aku-aku... yang penting tiap-tiap tahun gaji aku naik dan jawatan aku makin tinggi... langsung tidak pedulikan perasaan anak buah...

pelik aku dengan sikap ketua yang macam ni... dia tak ingat ke yang kebanyakan report dan kerja yang dia buat tu, datangnya dari anak buah dia jugak.. bukan dia buat keje sorang pon..kata work in team kan.. kalo pon jawatan dan tangga gaji dia naik sentiasa, tapi anak buah langsung tak suka dengan perangai beliau dan sentiasa mencemuh beliau... mana datangnya keberkatan dalam rezeki yang dia dapat kan...

sepatutnya suasana kerja mestilah dengan penuh keceriaan dan semangat yang kuat untuk bekerja,... barulah produksi dan prestasi kerja akan meningkat kan... sape setuju dengan aku sila angkat tangan....

p/s: camne la aku nak keje ngan boss yang semua tak suka ni... nk berpura-pura tak tau benda ni pon, sampai bila la kan...

Tazkirah Jumaat

Assalamualaikum...


Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas

3.
Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.

4.
Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.

5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.

9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.



p/s: Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam...




Nyam Nyam Nyam... Sedap!!!!

Korang yang disayangi....

Selamat menjamu selera mata anda...

















Credit sini


p/s: Agak-agak korang, kalo dapat makanan camni, nak makan ke nak frame kan je... yer la... comel dan cute sangat kan... nak makan pon sayang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...