Assalamalaikum...
Salam pagi Isnin dan 10 Ramadhan...
cepatnya masa berlalu kan... dah 10 hari dah kita berpuasa... pagi2 lagi dah baca berita yang membnagkitkan semangat kewanitaan aku...ehhehe... apa?? pe cite dia?? haaa... ni... baca kat bawah ni...
SURYANI menduduki tempat ke-39 dalam acara air rifle individu wanita pada Sukan Olimpik 2012 di London - Kosmo
LONDON - "Nur Suryani (Mohamed Taibi) adalah simbol wanita yang memiliki keyakinan dan kesungguhan."
Demikian rumusan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2012 London, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid terhadap ratu menembak negara itu.
Menurutnya, Suryani memiliki kecekalan dan tidak menunjukkan sebarang tanda menyerah mudah.
"Saya menganggap prestasi Suryani pada temasya di London tidaklah teruk sangat. Mata pungutannya juga boleh dikatakan memuaskan.
"Walaupun menduduki tempat ke-39 tetapi dia berjaya menewaskan baki 25 penambak hebat daripada negara lain. Sebab itu saya katakan, prestasinya agak memuaskan," jelas Ahmad Sarji semalam.
Menurutnya: "Kita perlu mengambil kira tekanan yang dihadapi oleh Suryani semasa beraksi pada temasya ini. Dia bukan sahaja menjadi tumpuan media asing, malah kandungannya juga boleh menjejaskan konsentrasinya.
"Tetapi dia mampu mengawal dirinya dengan baik dan ini membuktikan dia memiliki kekuatan mental yang hebat. Jika dia tidak mengandung, saya yakin Suryani boleh melakukan yang lebih baik."
Ahad Sarji juga menyifatkan bahawa Suryani memiliki potensi untuk pergi lebih jauh pada Sukan Olimpik akan datang.
"Banyak faktor yang menjejaskan prestasinya di sini (London). Selain tekanan media asing, dia juga perlu menjaga kandungannya. Sebab itu, saya anggap secara keseluruhannya, prestasi Suryani harus dibanggakan," tambahnya.
Tengok... dalam tengah sarat mengandung pon, semangat kesukanan beliau sangat mengagumkan...beliau boleh dilabelkan sebagai IRON WOMAN MALAYSIA....
harap2 bayi dalam kandungan Suryani akan sihat dan beliau akan selamat bersalin nanti...
p/s : Kepada Suryani.... andalah sumber insprirasi wanita masa kini... GO Suryani GO.....