Pages

Nuff

Thursday 2 August 2012

14 Ramadhan

Assalamualaikum... salam Jumaat semua...


Dah 14 Ramadhan dah kan ari ni... sangat cepat kan masa berlalu..tup tup tup... pejam celik pejam celik... dah nak raya dah..hehhee... tak sabar rasanya nak balik kampung.. tahun ni deknie balik kampung dengan keretapi dari KL Sentral terus ke kampung deknie... tak sabarnyaaaaa nak tunggu saat tu...

semoga perjalanan aku nanti akan selamat sampai ke kampung dan berjumpa dengan keluarga tercinta...

Koarang semua raya kat mana tahun ni?? ada yang bergaduh ngan wife/husband ke untuk balik kampung masing2???

jangan la gitu yer.. kita dah hidup suami isteri ni, bertolak ansur la.. tetapkan giliran... baru la aman sentosa rumah tangga kan... haaaaa... amik kau.. nasihat daripada orang yang belum berkahwin...muahahahahhaaa....

cakap senang kan.. tengok nanti bila aku dah kawin.. ntah2 lagi2 la... berebut nak balik kampung aku je tiap2 tahun...hehehe... mintak2 la aku dapat orang senegeri...hehehhee.... senang nanti...



p/s : tiket nak balik raya dah habis...kepada yg lambat amik tiket tu, doa je la moga ada tiket tambahan.. kalo tak, SELAMAT BERAYA DIPERANTAUAN  KEPADA KALIAN... hehehhee...

5 Kata-kata Hikmah

Assalamualaikum...






1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.


2. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.


3. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.


4. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.


5. “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa”






p/s : Renung2 kan kata-kata hikmah di bawah .....

Asian Auto Allianz Auto Industry Awards 2012

Assalamualaikum...

Ni aku nak share sikit pasal award kereta ni.. aku ni bukan la peminat tegar kete, tapi saje suka2 nak share ngan korang semua kan... layan je la ek...


Results of the Asian Auto Allianz Auto Industry Awards 2012 were announced earlier this week, and the winners are:


1. Best Performance Luxury Executive Sedan – Infiniti M25
2. Best Performance Luxury Compact SUV – Audi Q3
3. Best Performance Luxury SUV – Range Rover Evoque
4. Best Performance Luxury Sports Car – Mercedes-Benz SLK
5. Best Performance Family Car – Volvo V60 T5
6. Best Local Assembled Compact Car – Perodua Myvi 1.5
7. Best Local Assembled SUV – Great Wall Haval H5
8. Best Local Assembled Luxury Sedan – BMW 520d
9. Best Local Assembled Executive Sedan – Toyota Camry
10. Best Local Assembled Family Car – Proton Preve
11. Best Value For Money Pickup Truck – Ford Ranger
12. Best Value For Money SUV – Mazda CX-5
13. Best Value For Money MPV – Volkswagen CrossTouran
14. Best Value For Money Sports Car – Toyota 86
15. Best Value For Money Hot Hatch – Alfa Romeo Giulietta
16. Best Value For Money Executive Sedan – Suzuki Kizashi
17. Best Value For Money Family Car – Nissan Livina X-Gear
18. Best Value For Money Compact Car – Honda City
19. Car Of The Year – Hyundai Elantra

credit to autowork


p/s : Yang teruja tu sbb yg no 10 tu...hehehhe.. pagi tadi baru je pegi tengok production preve kat kilang PROTON Tanjung Malim...

Yang mana 1 pilihan hati anda???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...