Gambar sekadar perhiasan
Assalamualaikum.....
Minggu lepas, aku download video Ustaz Don di Youtube... yang 30 Minit Bersama Ustaz Don...
I'm interesting with one honest question from a caller from Sabah.. kalo aku tak silap la...
Dia ada bertanyakan kemusykilan mengenai hukum mewarnakan rambut...interesting... aku ada jugak mendengar masalah ni sejak dari dulu lagi... dan memang agak teruja untuk mendengar jawapan daripada Ustaz Don tu...
Ustaz Don berterima kasih kepada pemanggil tersebut kerana menanyakan persoalan yang cukup besar..
Jawapan Ustaz Don ni macam ni...
Disini ada dua permasalahan yang orang konfius berkaitan dengan pewarna rambut. Satu berkaitan dengan halal, satu lagi berkaitan dengan boleh tak boleh.. Saya sebut, HALAL belum tentu lagi menyebabkan kita boleh pakai.. saya ulang balik.. kalau pewarna itu ditulis cop HALAL, belum bermakna kata kita boleh pakai... kenapa??? contoh..cuka.. HALAL ke HARAM??? HALAL kan... tapi boleh ke "mana cuka?? aku nak togok... glup glup glup"... Hang gila ka nak buat lagu tu... (hehe.. part ni kelakar).. tak boleh... benda yang halal, bukan bermakna kita boleh memakainya.. boleh... halal dari segi ingredient... baik...yang tu selesai...
Yang kedua, berkaitan dengan boleh tidak boleh mewarna rambut...puan Ann(nama pemanggil) dan smeua perempuan yang ada di luar sana...dengar wanita-wanita yang ku sayangi lagi ku cintai..(waduh waduh...cair...hehe..) saya sayang semua.. apa dia... kena dengar... kalau pewarna rambut selain INAI.. selain INAI..( ustaz suka ulang-ulang ayat yang penting... aku suka..) dengan tidak menyampai air kepada kulit kepala dan rambut kita, makanya tidak sah mandi hadas kita dan wudhuk kita.. maka sesiapa yang memakai pewarna rambut itu, terpaksa kita POTONG BOTAK dan bagi tumbuh yang baru semula...
Tu la kata-kata dan nasihat daripada Ustaz Don... maka, mai lah sama-sama kita ambilnya sebagai nasihat yang amat berguna kepada kita semua..
p/s: Nasib baik aku tak pernah mewarnakan rambut... inai kuku tu biasa la..hehe. tapi guna inai daun dan inai picit india tu je..hehe
Renung-renungkan dan selamat beramal...