Salam 26 Ramadhan....
Irma dan Redza selamat diijabkabulkan pada 29 Jun lalu. Sumber mstar
Tahniah deknie nak ucapkan kepada pasangan bahagia, pelakon dan pengacara Irma Hasmi dan suami, Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang bakal menimang cahayamata tidak lama lagi... aku suka sangat ngan pasangan ni.. sangat cute, comel dan sepadan... bagai pinang di belah 2... anak diorang nanti pasti super duper comelllllll kan kan kan....hehhee....
Satu yang aku tertarik dengan pasangan ni disebabkan tabiat mengidam macam-macam jenis makanan, bukan oleh si isteri yang mengandung, tapi oleh si suami... sangat cute... kiranya, saling berkongsi rasa la kan...
Ada gak cerita yang aku dengar, kalo isteri mengandung, suami yang mengidam nak makan macam-macam dan siap ada yang mabuk, muntah-muntah dan pening-pening kepala sehinggakan menjejaskan prestasi kerja... aku suka macam tu.. hehehe... yer la.. bukan apa kan... biar suami kita rasa sikit apa yang perempuan rasa semasa mengandung... bukan si suami tu yang mengandung... adehhhh... korang ni pikir yang bukan-bukan plak... huhu... maksud aku alahan semasa perempuan mengandung la... baru la orang kata sehati dan sejiwa... bagi aku, suami akan lebih appreciate isteri mereka apabila turut merasa kesakitan yang perempuan rasa kan... haaaa.... baru lah rasa bukan senang nak mengandung dan beranakkan zuriat mereka ni...nanti, takde la diorang sampai hati nak menduakan isteri dan menyakitkan hati isteri kan...
p/s : Tahniah sekali lagi kepada pasangan Irma dan Redza... semoga semuanya akan selamat dan memperolehi anak yang sihat dan soleh/solehah... Amin...
Alhamdulillah... dah mengandung ye? tahniah utk mereka...
ReplyDeleteyup... alhamdulillah.. dah 5 minggu dah...
Delete