Lagi 2 minggu kita nak puasa.. eh.. tak sampai 2 minggu kan... dah kompius dah deknie ni... hehehe... pa pe hal pon, dah dekat dah... so, apa persediaan yang korang dah buat?? jangan nanti, 1st day puasa, masing2 tak leh bangun dah la ek.. penat dan lapar punya pasal kan...ni aku senaraikan beberapa persediaan yang perlu kita lakukan untuk membuatkan puasa Ramadhan kita lebih bermakna dan menyeronokkan....
- Lakukan pembacaan buku daripada kitab-kitab, buku-buku dan artikel-artikel berkaitan dengan Ramadhan.
- Lakukan warming-up dengan berpuasa setiap Isnin dan Khamis
- Latihan dan intensif tidur awal dan membiasakan diri untuk bangun awal.
- Mulakanlah membaca Al-Quran setiap hari dengan penuh tadabur, khusyuk dan terancang.
- Luangkan masa mendengar lantunan bacaan Al-Quran daripada pasangan anda, qari-qari yang terkenal dan kaset-kaset radio.
- Biasakan diri untuk sentiasa memelihara wudhuk.
- Dekati, hampiri dan bergaul dengan orang-orang yang alim, warak dan soleh.
- Setiap malam sebelum tidur, bermuhasabahlah diri kita.
- Perbanyakanlah mendirikan solat sunat setiap hari, terutamanya di saat sepertiga malam.
- Dalam sehari, berikanlah masa untuk bersendirian untuk berzikir kepada Allah SWT.
- Mulakanlah amalan bersedekah, sedikit demi sedikit.
- Bantulah orang lain yang sangat-sangat memerlukan sama ada dalam bentuk keilmuan, bantuan kewangan, pertolongan kudrat dan kemahiran yang kita miliki.
- Luangkan masa bersama ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja disekitar anda dan berbincangkanlah tentang Ramadhan yang bakal tiba, persediaan, harapan, perlaksanaan dan sebagainya.
- Bagi yang berkemampuan untuk mengerjakan umrah, maka rancanglah ia dengan sebaiknya.
- Hebah-hebahkan, war-warkan dan maklumkan tentang ketibaan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi kepada kenalan, sahabat handai dan sesiapa sahaja melalui SMS, emel, FB, twitter dan blog-blog anda.
sumber sini
So, lps ni, jgn la ada yg cakap kene gastrik la apa la kan... banyak la alasan ko kan...
ok.. untuk yang selalu gastrik semasa Ramadhan tu, aku ada sedikit petua khas untuk korang.... masa sahur, ko banyakkan makan buah kurma.. 11 biji sehari boleh mengurangkan gastrik semasa berpuasa di bulan Ramadhan...kalo tak caya, cuba la...
Sekian....