Pages

Nuff

Tuesday, 10 July 2012

Kejam!!!! Anak Yatim Piatu Dianiaya....

Assalamualaikum....


Seksaan  jam 2 pagi





Subhanallah.... diorang ni tau ke tak kalo mengkhianati, menganiaya dan makan harta anak yatim merupakan dosa besar...


﴿ وَ آتُوا الْيَتامى‏ أَمْوالَهُمْ وَلا تَتَبَدَّلُوا الْخَبيثَ بِالطَّيِّبِ وَلا تَأْكُلُوا أَمْوالَهُمْ إِلى‏ أَمْوالِكُمْ إِنَّهُ كانَ حُوباً كَبيراً ﴾
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah baligh dan dewasa) harta mereka; janganlah kamu menukar (hartamu) yang buruk dengan (harta mereka) yang baik dan janganlah kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu adalah dosa yang besar.


Firman Allah SWT maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim itu secara zalim, sama dengan memasukkan api ke dalam perut mereka. Dan mereka yang demikian akan ditempatkan di dalam neraka Sa'ir". (An Nisa' 10)

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: "Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Empat perkara yang Allah berhak untuk tidak memasukkan orang-orang tersebut ke dalam syurga dan tidak memberikan kenikmatan kepada mereka, iaitu orang yang menjadi pecandu minuman keras, pemakan riba, pemakan harta anak yatim secara tidak sah dan anak yang derhaka kepada ibu bapanya".

p/s: Kesian budak tu... pkol 2 pg dah kena bangun buat keje rumah.. yg mak bapak sedaranya, tdo terbongkang.. bangun2 pg, nak tgk semua dah siap... kemas rumah, basuh baju, pinggan mangkuk, masak... tak tau ke budak tu esoknya nak sekolah lagi... nak kene rehat yang cukup... ni dah buat cam hamba abdi.. amah dari indon pon start keje paling awal pkol 5 pagi kot... agak2 la kot...

Semoga ibu bapa sedara budak pompuan tu beroleh keinsafan dan hidayah daripada Allah SWT.. 

Sekian....


Lawak Gangster


Santai petang..




Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan 
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. 
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, 
tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut. 

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000. 
Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. 
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya 
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi 
dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat. 

Gangster : Mana wang tu? 

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu... 
Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan." 

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan 
pistol ke arah kepala si bisu. 

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu... 

Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan 
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk." 

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah..."



p/s: Orang sanggup buat apa je semata2 kerana wang...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...