Assalamualaikum....
Subhanallah.... diorang ni tau ke tak kalo mengkhianati, menganiaya dan makan harta anak yatim merupakan dosa besar...
﴿ وَ آتُوا الْيَتامى أَمْوالَهُمْ وَلا تَتَبَدَّلُوا الْخَبيثَ بِالطَّيِّبِ وَلا تَأْكُلُوا أَمْوالَهُمْ إِلى أَمْوالِكُمْ إِنَّهُ كانَ حُوباً كَبيراً ﴾
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah baligh dan dewasa) harta mereka; janganlah kamu menukar (hartamu) yang buruk dengan (harta mereka) yang baik dan janganlah kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu adalah dosa yang besar.
Firman Allah SWT maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim itu secara zalim, sama dengan memasukkan api ke dalam perut mereka. Dan mereka yang demikian akan ditempatkan di dalam neraka Sa'ir". (An Nisa' 10)
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: "Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Empat perkara yang Allah berhak untuk tidak memasukkan orang-orang tersebut ke dalam syurga dan tidak memberikan kenikmatan kepada mereka, iaitu orang yang menjadi pecandu minuman keras, pemakan riba, pemakan harta anak yatim secara tidak sah dan anak yang derhaka kepada ibu bapanya".
p/s: Kesian budak tu... pkol 2 pg dah kena bangun buat keje rumah.. yg mak bapak sedaranya, tdo terbongkang.. bangun2 pg, nak tgk semua dah siap... kemas rumah, basuh baju, pinggan mangkuk, masak... tak tau ke budak tu esoknya nak sekolah lagi... nak kene rehat yang cukup... ni dah buat cam hamba abdi.. amah dari indon pon start keje paling awal pkol 5 pagi kot... agak2 la kot...
Semoga ibu bapa sedara budak pompuan tu beroleh keinsafan dan hidayah daripada Allah SWT..
Sekian....
No comments:
Post a Comment