Pages

Nuff

Tuesday 15 May 2012

Hadiah Untuk Guru.. SELAMAT HARI GURU!!!

Assalamualaikum...

Thank you for teaching me, Teacher...Pic ihsan Pakcik Google



Hari ni 16 Mei... setiap tahun, pada tarikh hari ini, merupakan sambutan hari guru sempena mengingati dan menghargai jasa-jasa guru-guru dan cikgu-cikgu yg banyak mencurahkan bakti mengajar dan mendidik anak bangsa sehingga menjadi insan yang berguna dan berjaya.

Aku teringat zaman sekolah rendah dulu... sebelum sambutan hari guru, cikgu-cikgu aku kat sekolah sibuk bagitau anak-anak murid mereka akan sambutan hari guru yang diadakan.. aku dan kwn-kwn susah payah memerah otak nak bagi hadiah apa kat guru..


Kebiasaannya, setiap tahun ini je yang mampu aku hadiahkan untuk cikgu kesayangan aku kat sekolah..


Kalo tak ini..........



Sabun buku



Ini yang jadi hadiah....

 Tisu muka



Hadiah-hadiah tu aku akan balut cantik-cantik dan esoknya pada Sambutan Hari Guru, aku akan beri kepada guru yang terpilih siap dengan kad ucapan kecik khas utk guru tersayang.

Simple kan hadiah.,.. tu je pon yang aku mampu.. beli hadiah pon guna duit belanja setiap hari yang ayah aku bagi.. tak mampu nak beli yang mahal-mahal... yang penting, hati kita ikhlas nak beri hadiah pada guru yang banyak berjasa kepada kita kan...

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH dan SELAMAT HARI GURU kepada semua yang bergelar guru, cikgu, pensyarah yang telah banyak mencurahkan ilmu mendidik dan mengajar aku sehingga menjadi insan yang insya Allah berguna untuk bangsa, agama dan negara....


TERIMA KASIH CIKGUKU SAYANG.... terimalah hadiah buat cikgu...




Tema hari guru pada tahun 2012 ini ialah:


"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" sumber



p/s: Semoga semua guru akan terus mencurahkan ilmu dalam mendidik anak bangsa dengan penuh ikhlas dan







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...