Pages

Nuff

Wednesday, 16 May 2012

Hanya Mampu Geleng Kepala

Assalamualaikum.... Salam Khamis...

Deknie hanya mampu geleng kepala bila baca berita mengenai artis di Malaysia ni.. bukan apa... sana sini kita boleh dengar banyak artis yang kawin-cerai kawin-cerai ni... setiap tahun macam tu... kawin dua tiga tahun, dapat anak sorg dua, alih-alih dah cerai... Masya Allah.. senang-senang je kan.. memang la cerai tu perkara yang di bolehkan dalam Islam.. tapi ia merupakan perbuatan yang paling dibenci oleh Allah.. kesian kat anak2 depa tu kan...

Ikuti kisah Adi Putra dan Rita Rudaini....


Adi Putra mengesahkan telah menfailkan penceraian terhadap isterinya pada 11 Mei lalu.


PETALING JAYA: Pelakon kacak, Adi Putra mengesahkan telah menfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya, Aida Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei.
Akhbar Harian Metro pada Khamis melaporkan, Adi, 31, berkata, dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dan tindakan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
"Ketika saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, saya mohon segala yang baik daripada Allah terutama kebahagian dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami," katanya.
Dalam pada itu, Adi turut menafikan penceraian itu disebabkan oleh isu anak atau pihak ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk diceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain.
"Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.
"Tiada sefahaman itu pasti dan selebihnya saya tidak mahu bercerita panjang," ujarnya. (mStar)





‘Saya nak Rita’
Aidil batal hasrat cerai


PETALING JAYA: “Saya masih sayangkannya. Kalau boleh saya nak kembali bersama Rita dan anak-anak,” kata pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Dia yang mesra dengan panggilan Aidil ditemui selepas menarik balik permohonan bercerai dengan isterinya, aktres popular, Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar. 
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membenarkan permohonan Aidil, 25, namun memerintahkannya selaku plaintif membayar kos kerugian RM250 kepada Rita, 36, kerana menarik balik kes itu di saat akhir iaitu kelmarin, sehari sebelum sebutan kes.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Aidil berkata, dia berharap dengan penarikan balik permohonan cerai itu, hubungan dia dan Rita pulih.

“Kalau Rita setuju dengan permohonan kembali taat (yang difailkannya semalam), perkara ini selesai. Saya nak dia dan anak-anak balik ke rumah saya di USJ1 (Subang). Sekarang dia menetap di rumah sewa di Damansara,” katanya yang hadir di mahkamah memakai kemeja dan seluar hitam.


p/s: Macam-macam ada......

2 comments:

  1. Entahlah ..kejap cerai..kejap tak cerai...
    senang ajer tak ada persefahaman...
    mungkin tak fahami erti tanggungjawab kot..terutama si suami..
    Mudah ajer lafaz cerai..
    Kan aku dah marah ni

    ReplyDelete
  2. Hehehe... sabar bang, sabar...
    kita pikir positif la... mungkin mereka ada sbb sndiri yang kita tak tau kan.. bagus la tu tak jadi cerai.. kita hanya doakan perkahwinan mereka akan kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat.. moga semua ni akan jd pengajaran kpd mereka.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...