Pages

Nuff

Thursday, 28 June 2012

Rasulullah dan Limau


Tazkirah Jumaat....





Limau

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.

Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.

Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut."

"Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.

Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW...



Sungguh mulia akhlak baginda... Rasulullah Sallallahualihi Wasallam....


Sumber : sini


Sekian, Wassalam.... 



Manusia berhati binatang!!!!!

MALANG...bayi setahun dipercayai didera bapa.
MALANG...bayi setahun dipercayai didera bapa.







Kalo dah tak pandai nak jaga anak, buat apa beranak???  enjoy la puas-puas.. ni tak, ada anak pon, didera, dihumban, ditendang, dicucuh dengan api rokok...huhuhu...emosi plak pagi-pagi ni...

Ya Allah.....apa nak jadi la dengan manusia akhir zaman ni?? dia tak tau ke yang anak tu anugerah dan amanat Allah yang diberi pinjam kepada diorang untuk dijaga, dididik dan disayangi dengan sepenuh hati??

Bukannya untuk didera, dihumban ke apa ke.... dah takde otak ke nak pikir... binatang pon sayangkan anaknya...
sepatutnya kita yang ada akal ni, boleh berfikir dengan lagi baik la.... buakn lebih buruk daripada binatang tu...

Daripada aku membebel yang bukan-bukan lagi, baik aku stop kat sini dulu...

p/s: Dunia dah akhir zaman... perangai manusia dah lebih teruk daripada binatang....

Sekian Wassalam.... 


Wednesday, 27 June 2012

Sudikah kau menjadi yang Halal buatku??

Pembimbing setiap waktu

Deknie menanti-nanti kalau ada sesiapa yang sudi melafazkan kata-kata di atas... bilalah masanya akan tiba (sambil tangan menongkat dagu..huhu)


Ya Allah.... HambaMu memohon kepadaMu agar mengurniakan aku seorang lelaki yang menjadi pembimbing di kala ku terpesong, pengiringku ke syurgaMu, sahabat yang memahamiku, suami yang menyayangiku dan yang menjadi yang halal buatku...

Hanya kepadaMu lah aku memohon dan meminta sesuatu... Hanya Engkaulah yang Maha Mengerti dan Maha Menyayangi hambaMu.

Kurniakanlah kepadaku insan yang terbaik buatku, menerima segala kelemahan, kekurangan diriku serta menghargai kelebihan yang ada padaku...


Amin....


Tuesday, 19 June 2012

Di sana, di sini, di sinun....



Di sana, mereka berjuang bermati-matian mempertahankan tanah air tercinta... menghargai setiap detik kehidupan yang masih bersisa...menghargai kemanisan hidup bersama keluarga dan saudara-mara...menimba setiap ilmu yang dicurahkan dengan penuh semangat dan bertenaga... mengharapkan esok masih ada untuk meneruskan kehidupan di dunia ynag fana ini... mengharapkan masih ada harapan untuk melihat anak2 mereka membesar dan berjaya di dunia dan akhirat...

Tapi disini????

Kita terlampau didedahkan dengan kesenangan dan keseronokan sehinggakan nikmat yang dikecapi dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang kesyukuran.....

Hidup hanya untuk mengejar keseronokan, kesenangan, kelalaian sehinggakan tidak sedar, hidup kita di dunia yang sudah tua ini hanya sementara... esok lusa, giliran kita akan sampai untuk dikapankan...

Bersyukurlah, tunduklah, sedarlah, ingatlah kawan-kawan..... masa semakin menghampiri kita....


Sekian... Wassalam  (^_^)

Monday, 18 June 2012

Puasa Wajib, Puasa Sunat, Puasa Makruh, Puasa Haram



Pic aku amik sini




Puasa Wajib
1) Wajib dan disyariatkan di bulan Ramadhan untuk mereka yang telah akil baligh kecuali mereka-mereka yang mengalami keuzuran atau masalah yang dibolehkan tidak berpuasa.

2) Puasa yang telah diniatkan atau nazar. Contohnya anda bernazar akan berpuasa selama sehari jika mendapat kerja atau jika lulus peperiksaan.

Puasa Sunat
1) 9 Zulhijjah (untuk mereka yang tidak mengerjakan haji)
2) 9 dan 10 Muharram ataupun puasa 10 dan 11 Muharram.
3) Hari Isnin dan hari Khamis
4) Puasa 3 hari pada setiap bulan
5) Puasa pada hari putih iatu 13hb,14hb dan 15hb setiap bulan.
6) Puasa 6 hari pada bulan Syawal. Afdalnya berturut-turut

Puasa Makruh 
1) apabila berpuasa pada hari Jumaat sahaja
2) apabila berpuasa pada hari Sabtu sahaja

Ini kerana ulamak berpendapat makruh kerana orang Yahudi agungkan hari Sabtu dan orang Nasoro agungkan hari ahad. Oleh itu kalau mahu berpuasa, biarlah 2 hari berturut samaada Jumaat dan Sabtu, Khamis dan Jumaat, atau Sabtu dan Ahad.

3) Puasa ad- Dahr (berterusan) kerana dibimbangi puasa tersebut boleh mudaratkan orang lain seperti bayi yang menyusu.

Puasa Haram
1) Hari Aidil Fitri dan Hari Aidil Adha

2) Hari Tasyrik yang tiga iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjah.Pada tiga hari itu umat Islam masih dalam suasana perayaan hari Raya Idul Adha sehingga masih diharamkan untuk berpuasa

3) Hari Syak ialah 30 Sya'ban di mana bila orang-orang ragu tentang awal bulan Ramadhan karena hilal (bulan) tidak terlihat. Saat itu tidak ada kejelasan apakah sudah masuk bulan Ramadhan atau belum. Ketidak-jelasan ini disebut syak. Dan secara syar‘i umat Islam dilarang berpuasa pada hari itu. Namun ada juga yang berpendapat tidak mengharamkan tapi hanya memakruhkannya saja.

4) Haram puasa wanita haid dan nifas

5) Haram puasa bagi wanita yang berpuasa sunat tanpa izin suami

6) Puasa selamanya walaupun tubuh orang itu mampu untuk berpuasa. Bagi mereka yang ingin berpuasa banyak hari, Rasulullah SAW menyarankan untuk berpuasa seperti puasa Nabi Daud as iaitu sehari puasa dan sehari berbuka.


p/s: Aku copy dari sini untuk sharing dan information semua....

Kenapa rezeki susah nak masuk??



Assalamualaikum...


Ada sesetengah orang kerap mengeluh.. "Kenapala rezeki aku ni susah sangat nak masuk??"
Tu la korang... usaha takde.. doa takde.. tawakkal takde... dah tu.. camno rezeki ekau nk masuk?? mana bleh camtu... ekau kene usaha, kene doa.. kene tawakkal kepada Allah semoga dimurahkan dan diluaskan rezeki kau di dunia dan diakhirat... 



Doa Murah Rezeki



Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :
1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain. 

Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg paling azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. Astaghfirullah....




Wassalam (^_^)

Hidup dan Mati


Assalamualaikum.... Salam pagi selasa...


Setiap yang hidup pasti akan meninggalkan kita satu hari nanti... tak kira la orang tu kita sayang atau benci.. 
Bagi yang kita sayaang, mesti kita akan rasa sangat sedih dan tak sanggup berpisah dengan mereka kan... 
Tapi, came plak kalu orang tu kita tak suka dan benci... adakah kita akan menjerit terlompat-lompat kesukaan??? hurmmm... tepuk dada, tanya la iman kita....

Perlu diingat, what you give, you get back.. camne kau buat kat orang, camtu la orang akan buat kat ka balik....so, berbuat baiklah kepada sesiapa jua kerana kau akan mendapat balik kebaikan yang kau telah berikan kepada orang lain... 

Kepada yang telah meninggalkan kita, hanya doa dan ayat-ayat al-Quran je dapat kita sedekahkan kepada mereka... semoga segala dosa yang telah mereka lakukan sepanjang kehidupan mereka, akan diampunkan oleh Allah Taala... semoga mereka terhindar daripada seksaan kubur dan azab api neraka...

Menangis untuk mereka yang telah meninggalkan kita BOLEH, tapi merintih JANGAN sesekali...okay.... boleh tiru seperti gambar di bawah...hehe......
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


credit pic to sini


MY DAD MY HERO



My Dad My Hero


Deknie nak ucapkan selamat hari bapa kepada ayah deknie yang berada di kampung nun di timur Malaysia, yakni Kelantan Darul Naim yang amat disayangi... cheewwaahhhh!!!!!

Last aku jumpa ayah masa aku balik kampung bulan lepas masa cuti sekolah.. tu pon 2 hari je aku cuti, campur hari minggu 2 hari, jd 4 hari je la aku blk kg...kejap je rasanya duk kg... tapi terubat rindu gak la kat family kat kg...huhu

Raya ni insya Allah aku balik kg... seminggu cuti.... lama la ckit kali ni balik...hehehe.....

Nak cite pasal ayah aku, memang banyak la pengorbanan dia untuk kami adik beradik.. jenuh nk cite satu persatu... yang paling aku ingat ialah, tiap kali aku balik dari mana2 (biasanya aku akan pergi balik ngan bas or teksi) ayah aku akan tunggu kat bus stop awal2... lama dia tunggu baru la aku muncul,... hehe.. nak wat camne,.. bukan aku yang mintak... kadang2, jln jem la, bas lambat la hapa la kan... tapi dia tetap tunggu aku dengan sabar..huhu...

Dia merupakan ayah yang paling sabar... tak suka marah2 kat anak2 dia yang seramai 8 orang ni... nak marah pon payah, jentik pukul memang jauh la...

Ayah aku diberikan rezeki oleh Allah beristeri ramai... tapi ayah aku tak pernah memadukan isteri2 dia... maskudnya, ayah aku kawin cerai la... tak pernah bermadu.. ayah aku jenis yang tak boleh tiada isteri...aku tak tau la sebab sebenar... mungkin bagi dirinya, isteri boleh menjaga makan pakai dan kesihatan beliau.. utk pengetahuan korang, ayah aku mengidap penyakit darah tinggi dan gastrik... kecian dia... sebab tu dia perlukan kasih isteri di samping beliau... anak2 separuh darinya tinggal di luar Kelantan, so kadang2 je jumpa... seorang abang dan 1 kakak aku ada tinggal dekat ngan umah ayah aku... so, diorang ada boleh tengok-tengokkan ayah aku....

Ayah deknie tersayang


Kat sini, aku nak mengambil kesempatan untuk mendoakan semoga ayah aku diberikan kesihatan yang sempurna oleh Allah, di murahkan rezeki, di panjangkan usia serta di lapangkan kehidupan beliau dan keluarga aku....yang lebih penting, agar ayah aku cepat-cepat dapat menantu lelaki yang soleh dan penyayang untuk anak perempuan bongsu beliau ini..... aminnnn.....hehehehe.....


SELAMAT HARI BAPA kepada semua mereka ynag bergelar bapa....
AYAH memang HERO bagi anak-anak ayah..... love u sooooooooooo much..........






Update: Ada satu lagi perangai ayah aku yang aku paling xleh lupa... kalo tau je aku nk balik kg, awal2 lagi dia dah simpankan buah-buahan kat rumah, terutamanya rambutan my favorite dan mangga... walaupon sebulan lagi aku akan balik kg, tetap disimpan.. ni buah-buah yang fresh dari kebun ayah aku...errrmmmm.... so tacing... thanks my dad... love u sooo much... 







Wassalam (^_^)









Sunday, 17 June 2012

XPDC Sg Sendat, Ulu Yam



Sooooooooo sleepy.....




Assalamualaikum....

Salam pagi Isnin....

Pagi2 lagi Deknie dah rasa ngantok sangat-sangat... cam tak nak bangun dan nak sambung tdo je..huhu....

Penat badan masih terasa.. tak cukup rehat... ni semua gara-gara semalam, ahad 17 jun 2012, kami seramai 12 orang, 7 girls dan 5 guys telah pergi picnic dan BBQ di Sungai Sendat, Ulu Yam, Hulu Selangor dengan menaiki 3 buah kereta... 2 proton saga dan 1 sang kancil...

Pagi pukul 8.30, kami bertolak dari rumah di Shah Alam ke Ulu Yam... Alhamdulillah... sepanjang perjalanan kami, semuanya berjalan dengan lancar walaupun guys yang menaiki sang kancil hampir2 ditinggalkan di belakang..hehe


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam setengah campur2 ngan jem, org excident, berhenti stesen minyak dan mcm2 lagi la... 

Sesampainya kat Sungai Sendat, kami teruja sebab dah bunyi air terjun... hehehe....




Hutan Lipur Sungai Sendat

Orang masa tu tak berapa sendat lagi la...kereta lebih kurang 10 buah termasuk kereta kami... tp nak masuk, kene bayar RM1 per person... fuuuhhh... kami ingat nak masuk, free je... rupanya kene bayar... dah la nak masuk toilet pon kene bayar 40sen... huhu....Bab toilet, aku memang tak puas hati.. dah la kotor, pintu tak leh selak plak tu... dah la bayar mahal...huhu...surau pon tak ada ..huhu...

Sesampainya kami, terus kami cari port yang sesuai utk bbq dan berehat... ada 1 pondok wakaf besar yang masih kosong.. memang amat sesuai kerana disebelah wakaf tersebut, ada tempat utk bbq... kami terus keluarkan barang dan set kan api utk bbq... kami telah selamat mem'bbq'kan ayam, ikan, sosej dan jagung...aik...jagung bbq gak ke?jagung bakar....








Biarlah gambar berkata-kata

Overall, memang menyeronokkan kat sana... kami tolak balik tepat jam 4 ptg... kelam kabut cari surau untuk solat zohor... nasib baik kat kampung orang asli kat Hulu Selangor tu ada surau... dari luar, nmpk  takde orang langsung.. tp nasib kamibaik kerana pintu tak berkunci....

Lepas solat, kami tolak balik Shah Alam... pastu ada plak kawan kami yang teringin nak makan burger besar kat restoran Yazid Bakar (YB) kat Seksyen 7 Shah Alam... kami pon pergi la sana...

Nasib tak baik kami yang dalam kereta Proton Saga yang aku naiki apabila kami telah tersesat selama hampir 2 jam untuk ke seksyen 7... perjalanan sangat meletihkan... aku dah la sakit kepala yang amat.. berdenyut-denyut... ntah migrain ke apa ntah... dengan sesat lg... dengan suara2 yang bersuara yang makin buat kepala aku sakit kepala + hati pon sakit... its sooooo annoying la... 

Dah la tak tau jalan... tunjuk jalan yang salah plak tu.. dah tu nk tunjuk pandai, seolah-olah dia tau jalan... aduiiii.... kecian aku kat kawan aku yg drive kereta... tapi aku mmg respect dia sebab dia sangatlah penyabar... kalah aku... aku ni pon, nasib baik tak meletop je... masih sabar gak... menyumpah dalam hati je mampu..hehe... 

Sebelum sampai kat seksyen 7, kawan aku dah kol cakap yang burger dah abis, dia suggestkan kitorang makan kat restoran Mee Kari Ketam... area situ je.. kami on je... Sesampainya kami kat restoran tu, dengan muka keletihan, perut pon dah tak lapar dah akibat keletihan  yg amat, kami pon order la mee ketam, nk tapau je.. sekali, dah memang bukan rezeki kami kan... mee ketam pon dah abis... dengan muka yang seribu satu macam, kami pulang and decide utk beli McD je... so semalam, aku mkn set Big Mac je la..huhu...tp orait gak.. dah lama tak makan McD kan.... bleh la mkn semlm... 



p/s: Sesungguhnya setiap kejadian dan peristiwa samada manis, masin, pahit, payau, masam... semuanya ada hikmah disebaliknya... kita hanya perlu bersabar menempuhi setiap dugaan dan cabaran hidup... 



Next event are coming....... 


Wassalam.... 



Monday, 11 June 2012

Me got flu.... :(





Mak...... Deknie selsema....huhu....

Dah la duk dalam ekon.. sejuk... selsema makin berleluasa...
asyik aaaacccchhhooooo!!!!!! je dari pg tadi...
dah mkn panadol sebijik.. mintak-mintak la tak ngantuk la kat opis ni...

Ya Allah!!! berikanlah aku kesihatan yang sempurna supaya aku dapat menjalani perintahMu dan perintah bosku kat opis... Aminn.....

p/s: Sakit hidung + sakit pala + ngantok.... huhu :(








Monday, 4 June 2012

Bayi Terbang


Ehsan Hmetro


REMUK...keadaan Perodua Kancil yang dinaiki bayi bersama bapanya serta  empat orang lain. Gambar kecil, bapa bayi dibawa ke hospital.
REMUK...keadaan Perodua Kancil yang dinaiki bayi bersama bapanya serta empat orang lain. 
Gambar kecil, bapa bayi dibawa ke hospital.


KOTA SAMARAHAN: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan memeranjatkan orang ramai apabila hanya luka ringan walaupun tercampak keluar dari kereta Perodua Kancil yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di satu persimpangan berhampiran Desa Ilmu di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, ‘bayi ajaib’ itu menangis di atas jalan raya sebelum dibantu orang ramai dan segera dihantar ke klinik kesihatan berhampiran manakala bapanya tidak sedarkan diri akibat kemalangan itu.
Difahamkan, bayi berkenaan dipangku bapanya yang duduk di bahagian penumpang hadapan Perodua Kancil itu, tercampak keluar melalui tingkap yang terbuka ketika kenderaan dinaiki enam penumpang itu berpusing selepas dirempuh sebuah kereta.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu laju, gagal berhenti untuk mengelak kereta yang dinaiki mangsa yang membuat pusingan U dari Kota Samarahan menuju ke Desa Ilmu.

Menurut sumber, perlanggaran kuat itu menyebabkan kereta Kancil berpusing dan bayi berkenaan tercampak keluar.





Betul la orang kata, bayi ni ada malaikat yang sentiasa menjaga mereka sehingga mereka mumayyiz..sebab itu banyak yang kita dengar ramai bayi terselamat di dalam kemalangan yang berlaku terutama jika bayi tersebut berada dipangkuan ibu atau ayah mereka..

Teringat Deknie kepada kisah 3 or 4 tahun lepas.. kejadian yang tak dapat dilupakan oleh keluarga kami... Di mana keluarga abang aku yang dalam perjalanan ke rumah emaknya yang kini telah arwah di Tanah Merah.. abang aku merupakan anak sulung kepada ayah aku dengan isteri pertama.. arwah emak aku merupakan isteri kedua ayah selepas menceraikan isteri pertamanya... 

Abang aku bersama2 dengan 6 orang anaknya dan isterinya menaiki kereta Proton Tiara berwarna biru.. abg aku memang terkenal dengan membawa kereta dengan laju.. aku pon tak paham dengan sesetengah manusia yang bergelar lelaki ni... kalo naik kereta sorang-sorang, kau nak pecut 250km/j pon suka hati kau la... ni kalau kau ada bawa orang lain bersama-sama, please please please.... janganlah bawa laju-laju... dah macam menempah maut untuk orang yang kau bawa tu plak..

Sambung kisah abang aku... sampai selekoh sebelum sampai umah mak dia, ntah macam mana, kereta ada masalah brek ke gear ke apa ntah... terus terbabas, terguling-guling kereta masuk bendang kat tepi jalan.. kereta remuk... bak kata abang aku yang lagi satu, dah boleh jual kati dah kereta abang sulung aku tu..korang bleh bayangkan la camner keadaan orang dalam kereta yang seramai 8 orang tu.. anak yang paling besar masa tu tingkatan 2 kalo tak silap.. yang paling kecik umur 3 bulan... 

Alhamdulillah semua selamat... yang kat depan, abang, kakak ipar dengan baby 3 bulan alhamdulillah hanya cedera ringan je... baby alhamdulillah tak ada apa2... sebab dia dalam pelukan mak dia... 

Yang kat belakang, anak yang nombor 2 dan 4 yang cedera parah.. yang paling teruk yang nombor 4.. Siti Aisyah.. baru 8 tahun.. darjah 2.. kene himpit dengan kereta sebelah kiri badan... dah la tuannya kecik kurus je.. kesian... masuk hospital lama gak... skang ni alhamdulillah... semua sihat sejahtera... Aisyah sekarang ni masih nampak jalan agak tempang sedikit...sedikit je.. alhamdulillah, Allah selamatkan semua ahli keluargaku... Syukur....

Kereta dah jual kati...huhu.. sampai sekarang ni budak2 tu dah fobia apabila bapak mereka bawa kereta laju2... semua dah cakap, "abah, bawa slow2... kang accident plak kang...." semua dah takot pisang berbuah dua kali.. 

Nasihat aku kepada korang, janganlah bawa kereta syok sendiri... jangan la bawa kereta laju2... Ingatlah orang yang tersayang.. tau la kereta korang tu mahal dan ada turbo la segala macam.. barang hilang, boleh diganti... kalo nyawa yang hilang... nk cari ganti kat mana????


Renung-renungkan.....

Sekian.. Salam (^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...