Pages

Nuff

Monday, 16 July 2012

Duit Kertas Baru kini dipasaran...

Assalamualaikum....

Wang kertas siri baru terdapat dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. - Foto BERNAMA



SUBANG JAYA: Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang kertas siri baru yang memasuki edarannya pada Isnin.
Siri baru itu terdiri daripada denominasi RM100, RM20, RM10, RM5 dan RM1 dengan sentuhan warna terang dan bermotifkan ciri-ciri mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara.
Wang kertas RM20 diperkenalkan semula dalam siri ini manakala substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.
Antara teknologi wang kertas terkini untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.
Mereka yang cacat penglihatan juga boleh menggunakan ciri-ciri spesifik seperti pengenalan sentuhan untuk mengenalpasti dan membezakan denominasi berlainan.
Wang kertas itu diedarkan menerusi bank-bank, pasar raya dan kedai runcit.


p/s: boleh la nnt kalo nak bagi duit baru sebagai duit raya kat anak-anak buah nanti...dah bleh start tukar duit raya ke blom ek??





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...