Pages

Nuff

Thursday 22 March 2012

Tazkirah Jumaat




Salam Jumaat penghulu segala hari kepada kalian semua..... 


Dr. Ustazah Fatma El-Zahra 

Petua dari Dato Dr Fatma El Zahraa (rancangan Ar Rayyan di Oasis). Solat tidak khusyuk adalah kerana adanya gangguan syaitan laknatullah. Petua untuk elak gangguan ini, sebelum solat baca Taawuz (a’uzubillahiminassyaitanirrajim) 3x kemudian hembus ke kanan dan kiri. InsyaAllah. 





Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda :
”Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal iaitu amal jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya ”
HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
Berikut contoh sedekah (amal jariah) , yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sedekah telah meninggal dunia :
1. Berikan Al-Quran pada seseorang , setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
2. Ajarkan seseorang sebuah doa . Pada setiap bacaan doa itu, anda mendapatkan kebaikan.
3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
4. Tanam sebuah pohon . Setiap seseorang atau haiwan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
5. Tempatkan pendingin air di tempat awam .
6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.
7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid .
8. Edarkan CD Quran atau Doa .
9. Bantulah pendidikan seorang anak .
10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain . Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.

**Renung-renungkan...Selamat beramal la kita bersama-sama

Sekian...Wassalam...

(^_^)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...