Pages

Nuff

Tuesday 20 March 2012

PROTON dapat Pengerusi baru



KUALA LUMPUR -- Pengarah urusan kumpulan DRB-Hicom Bhd, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, telah dilantik sebagai pengerusi eksekutif baru Proton Holdings Bhd, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau juga telah dilantik sebagai pengarah eksekutif syarikat pembuat kereta negara itu, kata Proton dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini. 

Pelantikan itu dibuat selepas selesainya pengambilalihan Proton oleh DRB-Hicom pada 16 Mac.

Khamil akan menggantikan tempat Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh yang meletak jawatan juga pada 16 Mac.

Pengerusi Proton yang baharu itu telah dilantik sebagai pengarah urusan kumpulan DRB-Hicom pada 2006 selepas berkhidmat di konglomerat itu sebagai timbalan pengerusi kumpulan dan timbalan pengarah urusan kumpulan bermula tahun 2005.

Khamil turut memegang jawatan pengarah dalam beberapa syarikat lain seperti Pos Malaysia Bhd, Bank Mualamat Malaysia Bhd, Edaran Otomobil Nasional Bhd dan Horsedale Development Bhd.

Pada 16 Januari tahun ini, DRB-Hicom memeterai perjanjian jual dan beli dengan Khazanah Nasional Bhd untuk menguasai 42.74 peratus daripada modal terbitan dan saham berbayar Proton dengan nilai RM1.291 bilion.
 - Bernama 


Bagi Deknie, sape pon pengerusi PROTON ni, Deknie tak kisah pon... yang penting, PROTON akan terus maju dan kebajikan staf tak akan terabai...tu je..hehe

Sekian..Wassalam...

(^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...