Pages

Nuff

Tuesday, 29 May 2012

Syed Zainal Abidin letak jawatan dalam PROTON

Pengarah Urusan PROTON




DATUK Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir akan meletak jawatan selaku Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Bhd, berkuat kuasa 4 Julai depan, selepas menerajui syarikat kereta nasional itu lebih enam tahun. 

PROTON Holdings, dalam satu kenyataannya berkata, susulan itu Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan mengambil alih peranan kepimpinan Syed Zainal dalam menerajui syarikat menuju ke hadapan.

“Kami juga ingin mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan PROTON Holdings, Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai,” tambah syarikat itu.
Pengeluar kereta nasional itu berkata, peletakan jawatan Syed Zainal dibuat atas kemahuannya sendiri. 

“PROTON Holdings ingin mengesahkan peletakan jawatan Syed Zainal sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan kami amat berterima kasih atas sumbangan beliau kepada syarikat. 

“Beliau sudah membuat keputusan untuk meninggalkan PROTON Holdings atas kemahuan sendiri bagi mengejar cita-citanya dan kami menghormati keputusan beliau,” jelas syarikat itu semalam. sumber BHarian




Sedih bila dengar khabar berita ni... baru pagi tadi aku bersarapan dengan beliau... bukan sarapan satu meja, tapi satu kafeteria la..hehe... Pada aku, belia seorang yang sangat sempoi dan simple... makan kat Exec Dining bersama-sama staf yang lain.. sangat down to earth.. dah beberapa kali dah aku terserempak dengan dia sarapan kat Exec Dining.. main office dia kat COE yang mana menempatkan semua BOSSES yang BESAR-BESAR punya.... tapi dia melawat jugak PONSB kat sini... suka aku dengan sikap dan sifat dia.. I salute U la boss...

Moga boss yang akan menggantikan dia nanti, boleh bersikap seperti beliau jugak... boleh bersama-sama dengan orang-orang bawahan.. bukan dengan orang-orang atasan sahaja semata-mata menjaga imej BOSS.. hurmm...


Sekian berita (^_^)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...